Pandai Mengira


Nie budak memang hantu buku sama cam ibu dia jugak. Excited betol kalo jumpe buku. Semua gambar dia nak tanya apa. Kalo kat rumah, tak layan dia pon takpe. Dapat buku, ngulit ajelah sambil mulut bebel-bebel cakap sensorang. Aku pon dah lama bersara dr belikan dia sebarang mainan. Belikan buku lagi bagos since dia pon suka. Cumanya aku kadang malas nak melayan dia aje. Penat ah sebab banyak sangat soalan dia tanya. Hehehe. Hampeh punya ibu. Ngan ayah dia tak selok sangat nak bertanya. Semuanya ibu. Kalo ajak g taman aje dia cakap ' Ayah, jom pegi taman!'. Huhu.

Ada 1 la aku bangga ke Naurah nie. Dia dah pandai mengira sorang-sorang from 1 to 10. Dia ada buku counting. Sblm nie aku ajar dia apakah nama binatang itu. Bile nampak dia dah makin bijak neh, aku tunjuk pulak mengira sekor-sekor berapa menatang yg ada dalam gambo tu. Dia ikot la aku sebut satu satu. Now bila bukak buku tu, dia pon mengira la sorang-sorang. Betul pulak tu kiraan dia ikot turutan. Cuma yang tak bestnya binatang yg dia dah kira tu kadang-kadang dia kira 2-3 kali pulak. Hahahaha. So tetap lah salah berapa jumlah binatang yg ada sebenarnya. Lawak.

Pd aku, utk budak umur Naurah yang belom pon cecah 2 tahun utk pandai mengira, dah kira power la tue. Maybe biasa jer sebenarnya. Tapi tak kisah lah. Tetap nak bangga sebab anak aku. Hakhak.

Skrg masalah ape taw? Masalah bahasa. Aku tengah nak fahamkan dia ada sebutan in Malay & in English. Dia selalu gadoh ngn aku taw. Cth dia belajar sebut cicak. Tp bila aku beli buku English, tulis lizard. So aku ajar la dia ckp ' this is lizard'. Dia betolkan aku balik cakap ' ini cicak lahhhh!'. Adoiii...kire ibu salah ajor ko la nie yerp? Bila aku ckp lg...ini lizard. Dia tetap cakap cicak. Tapi dh byk2 kali akhirnya dia mengalah ckp lizard. Hahahah. Ibu ketegaq na? Anak akhirnya yg mengalah. Hohohoho. Ibu menang!!!

Buat masa nie tgh fahamkan dia la ada 2 sebutan English & Malay. Hopefully tak lama lagi bila aku tanya ' what is this in English?'. Dia cakap lizard. In Malay? Dia ckp cicak. Itu cita-cita terbaru aku utk Naurah . Hehe. Lepas nie dah boleh lawan Abg Emriel la Naurah...=P



Popular Posts