RALAT

Masuk blog pagi nie sebelum bertolak ke Sepang. Terkejut tgk ada 1 post yang bukan di post oleh penulis. Maklomlah kat rumah nie ramai orang. Semuanya ahli keluarga. So takdelah nak log out blog after post entry. My last entry sepatutnya tentang Akaun Gmail Di Godam tu aje.

Bila di selidik, ada pulak orang up n3 gambar separuh muka aku & Naurah dr aplikasi web camera from laptop habi yang aku & Naurah main-main buat suka-suka petang sebelumnya. Tak lama aje lepas n3 Akaun Gmail Di Godam yang aku up sebelum tu. Jarak masanya tak lama. Dalam beberapa minit aje setelah di selidik.

Salah aku jugak sebab tak log out akaun blog lepas guna. So orang yg selepasnya tgk, pastu nampak pulak doc gambar2 aku dgn Naurah ada kat situ. Teruslah dia upload salah 1 gambar tu. Nak marah pon tak guna sebab orang tu tak tawu yg aku tak pernah upload gambar aku tak bertudung kat sini. Aku tak rasa dia ada niat buruk letak gambar tue. So, benda pon dah jadik. Apa yang aku boleh buat cuma delete that post & lebih berhati-hati di masa akan datang.

Sempat baca komen from Anonymous tentang n3 yg menampakkn sedikit rambut aku disitu. Terima kasih kerana memberi teguran. Utk pengetahuan Anonymous, spjg penglibatan aku dlm blog nie, tak pernah aku upload gambar2 aku yang tak bertudung. Itu cuma kesilapan teknikal yer. Harap maklum.

p/s: baru aje post n3 tentang berhijrah nak pakai jubah everytime keluar dr rmh g mana-mana. tetibe upload gambo nampak rambut kan? aku masih waras okeh!!!

Sekian, harap maklum.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat