Semua Orang Pernah Susah

Bila fikir-fikir balik, sometimes rasa macam tak sangka aje Naurah dah nak 2 tahun umurnya. Perkahwinan aku dengan habi pon dah nak masuk tahun yang ke-3. Alhamdulillah my marriage life is very the awesome. Hahaha. Ayat ape ntah tuh. Hannah J, mind my English plissss =B

Sekarang suke nak guna perkataan ohsem tu. Nape ntah. Ngada-ngada lebih.

Aku ingat lagi masa aku belum kawen kan, cita-cita aku nak kawen & jadi suri rumahtangga. Ape punye cita-cita ntah. Kehkehh. Orang lain sibuk bercita-cita lepas abes study nak dapat keje ohsem. Aku lain pe'el pulak. Gasak! Eventho cita-cita nak kawen dgn bf pertama tak kesampaian, bf yang kedua nie is way much better okeh! Senang kata he completes me.

Aku malas, dia rajin. Aku suka buat sepah, dia suka kemas balik. Bukankah itu namanya saling melengkapi antara satu sama lain? BWAHAHAHA =.= nak makan penampo je mcm aku neh....

Ohh..tentang cita-cita menjadi suri rumahtangga tu aku dah cancel sebab rasa tak betah duduk rumah saje jaga anak tanpa buat apa-apa kerja yang lain. Bukan kerja rumah, tapi kerja sampingan la. Kalo ada, maybe ok kot. Tak tawu lagi. Maybe anak dah 2-3 orang sok akan rasa berbaloi kalo jadi housewife sebab sibuk handle anak-anak. For the time being, rasa taknak lagi. Hehe.

Naurah pulak, setakat nie eventho nakal-nakal tu tetap ada sebab pergaulan dengan budak-budak kat nursery, dia masih boleh dikategorikan sebagai budak yang baik. Syukur pd Allah. Untuk budak yang dibesarkan di nursery sejak umurnya 2 bulan, dia memang boleh tahan. It just that aku & habi kena pandai handle la nak memperbetul apa yang tak betul dipelajarinya kat nursery sana.

Cuma kalo yang PIL ajor tu payoh ler nak berkata apa-apa. Kalo aku cakap dengan habi pon ketidakpuasan hati aku, dia pon tak mampu nak berkata apa-apa pd mereka. Dia setuju dengan pendapat aku. Tapi nak buat macam mane? Mereka tetap orang tua yang perlu dihormati. Tak mahulah sampai mereka berkecil hati dengan kita. Tak syok macam tu. Suka atau tak, aku & habi kena terima ajelah. Cuba jg betulkan balik apa yang tak betul dipelajarinya dr mereka.

Ajaran PIL nie bukan ape. Cuma more to memanjakan sangat. Naurah memukul, disuruhnya pukul lagi. Lansung tak marah, malah ketawa. Guane gitu?

Apart from that, she's a bright little girl who loves to read books like Ibu ^_^ Kemana tumpahnya kuah sayur kalo tak ke pinggan berlaukkan ayam goreng kan? =P Uishh..sedap tuh. Tetibe rase lapo kohhkofff

Bila baca kisah di awal perkahwinan blgger friends yang lain, aku rasa betapa beruntungnya aku & habi krn tidaklah rasa sesusah mana. Maybe juga atas faktor usia aku & habi yang sudah boleh dikatakan elok benau kalo berkahwin kot. At 2009, aku 27 & habi 29. Dari segi kerjaya, memang kami sama-sama dah stable. Kerja tetap eventho private sector saje. Habi pulak kadang kala ada buat kerja luar berkaitan dengan bidang yang diminatinya. So memang membantu sedikit sebanyak ekonomi keluarga lah.

Paling melegakan ialah part rumah. Tak tahulah nak dikatakan kebetulan atau apa, PIL ada rumah yang berdekatan dengan tempat kerja kami. Mengambil masa dlm 15-20 minit saja. Rumahnya kosong tak berpenghuni tapi sudah ada beberapa renovation yang dilakukan oleh PIL. Lepas kawen, 2 bulan duduk di rumah PIL & after that terus pindah masuk ke rumah yang kosong tuh.

Susah sikitlah waktu tu sebab duit dah banyak habis buat majlis kawen. Nak beli perabot, alang-alang membeli, biar yang puas hati. Pakai bertahun-tahun tak payah nak tukar selalu. So buat permulaan memang tidur atas tilam koyak rabak atas lantai ajelah. Sofa semua tak ada. Bila bercakap, suara kami bergema 1 rumah. HAHAHA. Memang kelakar.

Perabot memang kami beli sikit-sikit. Mula-mula kami beli set bilik tidur sebab aku dah pregnantkan Naurah. So memang perlukan keselesaan bila tidur. Kemudian washing machine sebab tak larat nak membasuh tangan weh! Huhu. Sofa & meja makan kami hanya beli lepas aku bersalinkan Naurah. Masa tu rasa perlu beli sebab Abah aku nak tumpang duduk kt rumah kami sebab dia baru lepas buat bypass surgery kat HUKM. Memang kena ulang alik spital selalu & masa dalam pantang lagi memang aku dah aktif drive sana sini hantar Abah ke Klinik Kesihatan Salak utk tukar bandage luka & sometimes to HUKM terus sebab memang ada regular check up.

Kesimpulannya bukan aku saja-saja nak aktif kesana sini masa berpantangkan Naurah. Tapi keadaan masa tu sangat memerlukan aku utk berkhidmat kpd orang tua sbg seorang anak. So aku dahulukan keperluan mereka drp keperluan aku. Itu saja. Dalam tempoh pantang tu juga aku berjaya drive all the way from Sepang to Kota Tinggi okeh! Naurah pon belum capai 2 bulan lagi masa tu. Memang rock habis. HUHUHU. Sebabnya aku kesian kat parents aku yg dah berbulan duduk kat bandar & rindukan kampung waktu tu. So aku offer diri utk drive mereka balik dlm seminggu jugalah duduk kat sana. Itupun setelah mendapat kebenaran dari habi =)

Fresh from my womb ^_^ So red kan?

Ohh...banyak pulak terimbas kenangan lama. Oklah. Nak breakfast dulu. Tata....




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat