Sudah Faham Maksud Mati

Semalam g beli barang dapo lepas balik keje. Masa tengah amek-amek barang tu si Naurah manjang nyanyi kuat-kuat lagu Air pasang dalam surut pukul 5 tuh. Wuwuwu. Aku memang dah tergelak-gelak la tengok dia gitu. Habi pon dok tersengih kerang aje berbalas pandang sama aku. Hahaha. Standard ah orang pandang-pandang kan? Sengih-sengih aje deme tgk si Naurah.

Tak sampai hati pulak aku nak marah. Nama pon budak-budak kan? Comel ape gitu. Takde nak malu apa lah. Aku pulak rasa pelik kalo nampak parents yang marah anak-anak bila deme nyanyi kuat-kuat kat public places. Bukan kat masjid or surau pon nak kena jaga tatatertib kan? Tempat orang shopping okeh. Standard ah bunyi bising-bising whatsoever. Cuma kalo anak menangis melalak tu lain lah cerita kan? Hehe.

Naurah kan skrg mcm budak besar. Sometimes dia layan aje tgk cerita ape yg kami tengok. Ada 1 filem neh tajuk dia Hostel. Citer Hindi pasal buli kat hostel. Siap ada kes budak bunuh diri sbb di liwat taw. Memang jahat gila lah bos jahat kt situ. Pastu ada scene bunuh-bunuh tembak-tembak & belasah semua. Naurah siap nak nanes tengok scene-scene macam tu. Tak tawu pulak aku dia dah pandai respond macam tu bila tgk tv.

Kadang Naurah saja main-main dgn aku ckp ' mana Ibu?'. Padahal tanya kat aku je kan? Haha. Aku pon ckp la ' Ibu dah takde. Ibu dah mati '. Teros-teros dia nak nanes okeh! Aku rasa dia dah paham kot maksud 'MATI' tuh. Maybe ada yg kata aku ntah hape-hape ckp psl mati kan? Pada aku MATI tu bukan sst perkara yg taboo. Semua yg hidup pasti akan mati. Hakikat kematian tu  boleh apply pd budak-budak mahupon orang dewasa. Tak ada boundry rasanya.

Mungkin aku akan mati dalam masa terdekat nie. Siapa yang tahu kecuali Allah kan? At least Naurah faham bila dia tanya sok kt orang ' Ibu mana? '. Orang jawab ' Ibu Naurah dah mati'. Huhuhu. Kesiannya Naurah. Mesti dia nangis waktu tu kan? ^_^

Ok. Tetibe rasa sedih tulis gini. Hehehe....
Jaga diri bebaik yer Naurah kalo Ibu dah takde nanti.....

p/s: kena pilih movie elok-elok sket nk tengok dgn Naurah lepas nie. kalo tgk Animal Planet ade scene singa makan rusa pon Naurah nanes jugak. guane? ekekekke =P





Popular Posts