Susu Naurah Akan Bertukar

Dengan ini aku nak isytiharkan yang Naurah totally mahu minum susu formula hanya jika sesudu milo dicampurkan sama di dalamnya. Akhirnya aku dah takde arah. Kena jugak ikot kehendak tuan punya badan. Dari dia tak minum susu, better buat camtu jelah. Akan berterusan sampai stok susu Anmum habis. Ada lagi separuh tin tuh. Budak tu pon dah nak 2 tahun next month. Pandai memilih dah. Hurm...

Tadi pon dah bagi 1 bekas milo kat nursery utk ditambah dlm susu budak tu. Stok sampai susu Anmum dia habis lah tue. Aku tawu tak elok sangat milo tu sebab gula banyak kan? Tapi drp membazir susu sedia ada, kenalah buat jugak. Utk sementara waktu aje yer Naurah. Lepas nie aku nak ushar price susu utk kanak-kanak perisa coklat yg ada dalam pasaran. Dutch Lady 123 pon ada. Paling murah kot tue hehe. Nak try usha jenama lain cam Sustagen, Mamil & Dumex jugak yang dengar katanya ada berperisa coklat. Tengok susu mana yang kami mampu milik utk Naurah.

Pediasure siryes tak halal meh????

Dulu kalo mintak susu cakap ' ibu nak susu!'. Skrg dia ckp ' ibu nak susu milo!' =.=

Aku tawu x bagus sgt susu ada perisa neh. Better plain aje. Tapi dah takde arah dah aku. Asal buat yg plain, dia rasa terus cakap takmo dah. Risau la kan sbb kalau boleh nak dia minum susu bbrp tahun lagi. Drp dia tak minum susu lansung, better belikan yg perisa coklat tu aje la kan? Ke salah tindakan aku neh? Entah lah. Ada yang nak bagi pendapat?

Syukur la perangai Naurah dah normal. Tak grumpy sgt dah macam hari tue. Cuma tang susu nie ajelah dah tak boleh buat ape. Hurmm...



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat