3 Rabiul Awal 1431H - 3 Rabiul Awal 1433H

Happy birthday to you....eid melaad saeed....

Alhamdulillah. Hari ini genap 2 tahun Naurah bernafas di muka bumi Allah yang indah ini. Naurah berkongsi bulan kelahiran dengan junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Isn't that great? =)

Pagi-pagi lagi aku sudah nyanyikan lagu seperti di atas tu kepada Naurah. Dan dia buat muka senyum  mata sepet dia tu. So sweet. Aku rasa dia dah boleh faham apa ertinya lagu yang aku nyanyikan tu. Duduk nursery selalu juga ada majlis potong kek kanak-kanak yang sambut hari lahir. Maybe thats y Naurah selok cakap happy birthday acapkali bila nampak kek kat kedai-kedai.

Cadangnya hari nie cuma nak bawak Naurah makan kek kat Secret Recipe, Nilai sana. Ker nak ke Alamanda macam best sikit? Boleh Naurah main kat playground dekat ngan Noodle Station tu kan? Tinggg! tetibe dapat idea. Hehe. So kami celebrate 3 beranak ajelah sempena birthday Naurah di bulan Islam neh. Nak bagi dia happy-happy aje =)

Untuk nursery & office, aku bajet nak bagi something on the day before 18 Feb nanti aje yang jatuhnya pd hari Sabtu nanti. Itu aje. Maybe ada celebrate makan-makan with family in law & saudara mara belah habi yang berdekatan just like last year. Cake belom order lagi dengan Kak Anna. Huhuhu. Theme Dora & Mozu pulak kali nie. Tak payah da kot letak muka Naurah macam last year. Hehehe =P

Sempena Naurah 2 tahun nie, Ibu doakan Naurah jadi anak yang solehah. Bijak laksana & sihat tubuh badannya. Moga panjang umur & sentiasa di sayangi orang di sekelilingnya. Moga semua kebahagiaan di dunia & akhirat menjadi milik kamu Naurah. InsyaAllah. Ibu akan sentiasa doakan yang baik-baik utk kamu nak! Jangan lupa ibu & ayah sayang kamu banyak-banyak.




Lorhh...hari nie 10 Rabiul Awal la. Patot aku post entry nie Jumaat lepas. Poyo punya mak! Takpelah. Ibu dah lambat seminggu la pulak Naurah. Sile gelakkan. Walau apa pun tetap nk bawak Naurah makan kek hari nie. Dah niat kan? HAHAHAHA =P




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat