Asam Pedas Muar Abg Long & Niat Utk Memberi

Malam tadi kan...pas g Zemart beli barang dapur, kebetulan nampak kedai makan Asam Pedas Muar Abg Long bukak. Dah lama sebenarnya aku usha kedai makan tue. Tapi bila nak pergi aje, usually tutup. Sampai satu masa tu aku ingat kedai tu dah tutup teros. Tak sempat nak merasa masakan kat sana. Hukhuk. So semalam on the way pergi ke Zemart habi perasan kedai tu bukak. Memang berharap sangat on the way kami balik nanti kedai masih bukak. After solat Maghrib kat Mydin, terus menuju ke kedai yang dimaksudkan. Alhamdulillah, rezeki kami bertiga ada =)

Masa kami datang tue cuma ada sorang pelanggan lelaki. Kami nampak ada jual nasi ayam juga. Settled dinner for Naurah sekali. Tak payah runsing nak order apa dah utk si kudik tue. Abg Long owner kedai adalah mesra pelanggan. Pelayan kat sana which are budak-budak lelaki muda pon tetibe nampak cam hemsem semuanya. Hahaha. Ayat tak boleh blah. Senyum mesra pulak tu masa nampak kami datang. I like. Hehehe =P Apasal ayat macam menggatal sangat mak ko nie Naurah? =B

So Abg Long tu kata ada 2 jenis ikan asam pedas. Pari & Tenggiri. Aku decide to choose tenggiri. Selain dapat asam pedas sepinggan besar dengan potongan ikan tenggiri yang besar, tebal & fresh, ada juga sepiring ulam-ulaman spt pucuk janggus, timun, petai dalam 6-7 biji & sambal tempoyak bersama sambal hijau. Apart from that of kos la ade nasi putih kan? Habis tu aku nak makan dengan ape? Kihkihhh. Dengan ini, aku isytihar malam tadi adalah malam tak diet. Rosak kebaboommmm! Hehe.

Habi order roti kosong aje. Kenyang katanya pasal petang dah minum kat warung. Naurah pulak buat pe'el taknak makan nasi ayam dia. Tetibe cakap pedas. Tang mana yg pedas ntah. Saje la tue buat alasan taknak makan. Pastu tetibe dia mintak telur. Habi order telur mata sebiji & itulah yang dia makan dgn nasi seciput. Gasak ah asal dia makan. End up habi yang kena habiskan nasi ayam Naurah. Instead of nak makan yang ringan-ringan, sampai 2 dish habi kena habiskan. Yuhuhuhu =P

Overall, makanan kat kedai Abg Long adalah superb. Habi kata boleh pergi lagi. Patutlah aku terpanggil benau nak try makan kat situ. Rupanya memang sedap pon makanannya. Malam tadi makan asam pedas kaw-kaw, pagi tadi terus lawas semuanya. Hahahaha =P Sori la gambo takdo pasal aku tak bawak henpon. Bkn gambo aku melawas ok! Korang nie kann....hahahahah

InsyaAllah masuk gaji utk bulan nie, 1 lagi hutang akan tamat pembayarannya. Bermakna tinggal 1 je lagi komitmen yang kemungkinan next month dah boleh settle juga. Lepas tu aku akan bebas hutang sepenuhnya. Tak termasuk hutang PTPTN la yerp. Hihi. Leganya. Leganya. Syukur sangat pd Allah sebab bg nikmat yang macam nie. Although tak besar mana gaji, tak besar mana pangkat, tapi masih boleh hidup selesa macam skrg ni. Maybe ini juga rezeki sebelum umur menginjak ke angka 30-an tahun nie. 

Ada juga pencapaian yang membanggakan utk diri aku. Dah ada kereta yang sudah habis dibayar. Adalah sikit harta macam barang-barang rumah tu. Saving kat TH pon dah lama tak usik. 1 pencapaian yang boleh dibanggakan juga. Hehehe. Apa lagi yer? Insurans pon memang tak pernah miss bayar every month. Itu pon penting jugak. In fact kat situ kira cam saving juga sebab at one point nanti bila aku dh jd warga emas, dah boleh dapat puluh-puluh ribu duit kt situ. Top up la sikit saving kat EPF tu kan? InsyaAllah.

Aku selalu jer jeles orang yg ada simpanan kat ASB bagai. Bila masa utk dpt dividen, semuanya semyum lebar. Aku takde ASB. Bila aku nak bukak akaun, mesti jer terbaca artikel la ape la pasal ASB, ASN, ASW tu semuanya di katakan " Haram " oleh ulama'. So niat tu memang terbantut banyak kali dah. End up sampai skrg tak bukak. Takpelah...maybe mmg bukan rezeki aku nak dapat duit dari situ. So aku cuma fokus pada saving kat TH ajelah pasal yang itu InsyaAllah memang Halal. Wallahualam.

Lepas banyak hutang settle nie, aku nak fokus pd banyak memberi pulak drp banyak menerima sebelum-sebelum neh. To give. Contohnya meringankan beban habi dalam pembayaran bil. Bagi duit bulanan pd mak abah secara konsisten yakni terus masuk ke akaun diorang. Tak lupa utk Naurah juga. Dan niat murni nak belanja Kak Ya pergi holiday oversea/naik flight sebagai membalas jasa dia yang terlalu banyak pd aku. Tahun 2012, InsyaAllah tahun utk menggembirakan hati orang-orang yang dekat dengan aku. Moga Allah permudah. Amin.

Parts of my family =)



Popular Posts