" Assalamualaikum....kum-kum...."


Ada hikmah rupanya kenapa kredit xpax aku dah tamat tempoh hari tu. Kununnya on Sunday petang after balik from kenduri kawen kawan habi kat Bangi, busan tahap cipanzi ler tgk citer-citer kat astro nun. Tetibe teringat nak tengok muvi Sumpahan Kum-Kum. Dengar citer ramai orang kata seram. Ye ker? So memandangkan kat Astro First dah keluar, ingat nak langgan la buat pertama kalinya.

4 kali aku try. 3 kali kat henpon aku. 1 kali kat henpon habi. Semuanya tulis " your request cannot be processed ". Kuangjaqq! Sakit hati dibuatnya. Apa masalah astro ni hahh? Tengok tu. Astro yang aku salahkan. Padahal kredit henpon aku dah tamat tempoh. Bwahahaha. Bengong punya olang. Tak perasan masa tu pasal bila call baki ckp ade RM24 sekian-sekian lagi. It just that dah tak boleh pakai aje. Tamat tempoh waktunya. Haha. Inilah naseb orang yang pakai prepaid. Nak buat guane kan. Bkn keperluan utama lagi sejak dah berkahwin & beranak pinak nie. Cuma takot kalo ada emergency jelah kan. Tp selalunya kami akan pastikan salah 1 henpon kami is working. In case kan? ^_^

Tapi masalah henpon habi pulak, line Digi cuma boleh access di luar rumah. Itu pon kadang belom tentu. Habi suke ahh kadang tu pasal orang opis call dia tak dapat. Entah pape. Haha. Macam lah opismate dia tak call henpon aku kalo gitu kan? =.=

Anyway kisahnya, dah aku selok sangat nak tengok citer kum-kum tuh, habi kata dia dah copy dr kawan dia dlm thumbdrive. Yeayyy!!! Happy oke. Tak payah keluar duit lansong dah. Hehe. Malam tadi pas solat maghrib, ajak Naurah masok bilik cik Anje dia. Kite tengok kat laptop cik Anje best sebab laptop habi sound system dia kureng. Hihi. Rupanya Anje dah tengok citer tu kat cinema. Ceh! Adik aku nie lagi penakot sbnrnya. Kalo citer hantu kat tibi mane pernah nak tengok. Kalo tengok pon nanti aku tgk bilik dia lampu tak tutup. Wakakaka. Lawak.

Naurah skrg dah jadi penakot oke! Sebok nak tengok sama tapi dok pelok-pelok aku sampai aku tak nampak skrin laptop =.= Dah guane ibu nak tengok gitu? Aku cakap kalo takot tak payahlah tengok. Still dia nak tengok jugak. Pastu nak nanes-nanes. Bertuah punya budak! grrrr...Kaco daun betol taw. Tak dapat ibu nak concentrate tengok citer T_T

Anyway aku rasa takdelah seram sangat citer nie. Cuma terkojot-terkojot gitu jelah. Hantunya pon tak bape real sgt pd aku. Hehehe. Tak bape menyeramkan mukanya. Paling nyampah masa Feroz Khan bukak tutup muka mayat mak dia, pastu nampak patung yang dah berulat-ulat. Siryes nampak tak real. Hahaha. Yang seram pd aku bila ada suara " Asssalamualaikum..kum-kum...." Yuhuhuhu....tau antu dah datang dah tu..ahahaha =P



Popular Posts