BE Nuffnang & Penjahat Bernama Anonymous

Banyak betol komen tak puas hati aku dapat pasal stetment Naurah tak comel masa baby. Tengoklah Naurah, kawan blogger Ibu semuanya side kat ko. Kesian Ibu taw T___T Ok. Takyah ngade-ngade lelebih. Hehe =P

Aku jugak sedih pasal orang lain update pasal dpt BE from nuffnang. Tapi aku seketoi pon takde. Tahun 2012 tak pernah masok lagi. Nak kata aku tak update blog, aku jenis menulis tak kisah ada BE ke takde. Dah memang hobinya menulis kat sini kan? 1 hari kadang sampai 2-3 kali aku update blog. Minat tak minat la kan? Huhu. Atau adakah kerana Sabtu Ahad takde update blog, maka menjejaskan kesemuanya? Entah lahh...

Kadang aku tak amek port pasal nuff neh. Kadang rasa sedih jugak bila bukak tengok duit segitu jugak. Tapi yang aku pasti, update tetap update blog. Tak bergantung lansung pasal nuff whatsoever. I love blogging =D

Plus kalo ada entry aku yang dapat bagi manfaat pada pembaca sekalian, itu pon sudah cukup baik. Entry yang lagho memang banyak. Tapi aku pasti ada antara entry aku pernah bagi manfaat kat pembaca. InsyaAllah. Blogging nie dah jadi macam diari hidup aku sebenarnya. Banyak yang aku cerita kat sini. Kisah gembira, kisah sedih, kisah marah, kisah merapu dan macam-macam lagi. Aku katakan dalam 80% rasanya kisah hidup aku dicatat disini. 20% lagi tu kebanyakannya ttg hal peribadi yang sangat peribadi lah. Contohnya hal dalam bilik, hal -ve pasal suami ker in law ker ape ker. Lebih kurang macam tu lah.

Sometimes aku pernah jugak terasa nak tercerita. Maybe terlepas jugaklah sekali dua cerita. Aku harap tak selalu sangat buat macam tu. Tak baik. Islam pon tak suka. InsyaAllah akan cuba perbaiki diri dr semasa ke semasa.

Dari penulisan, selalu juga si penulis di judge. Aku cuma harap aku tak di judge sewenangnya melalui penulisan di sini. Ini bukan diri aku 100%. Tidak sama sekali. Bila masuk blog orang, aku sangat tak suka nak judge orang dari penulisannya. Because sometimes we read it in a different way. So pada aku tak perlulah nak komen kondem-kondem apa sangat kat blog orang lain. Kalo rasa tak setuju dgn apa si penulis tulis, komen tu kalau boleh biarlah berlapik sikit. Jaga hati si penulis. Sebab kita tak kenal dia 100%. Who are we to judge people that we don't even meet? Kalo dah meet pon kenal serapat mana dgn dia?

Pada aku, pengomen yang menggunakan nama Anonymous adalah seorang yang bacul! Lepas baling taik, sembunyi tangan. Bajet orang tak bau kan? Puii! Kalo jadi anony komen baik-baik tak ape la jugak. Ini kondem kaw-kaw si penulis, pastu x berani tinggal nama. Piiirahhhhh!

Aku yakin ada jenis pembaca yang jenis jaki dgn orang. Macam tunggu peluang aje kalo kita ni tersalah tulis or tersalah langkah whatsoever. Tak sabar gaknye nak kutuk kaw-kaw pastu jadik anony. Entah-entah sebenarnya selalu jugak komen kat n3 penulis. Tetibe rasa nak kondem, teros jadik anony. Ade kann? Hahaha. Tak mustahil =P

Whatever it is, buat jahat kalo orang lain tak tahu pun, Allah tu maha tahu. Pandai-pandai lah menjawab sok kat akhirat. 

Bye-bye.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat