IKEA & Talking Elmo

Happy sangat bile dapat sms dr Ayu a.k.a Puan Fairoz tokey Kek Gula Hangus yang super sedap petang Sabtu lepas kalo tak silap. Ehh...ker petang Jumaat? Kurang pasti hehe. Whatever it is, tak sangka ada orang yang baca entry aku pasal tu & berminat order kek sama Ayu. Padahal iklan aku tu cam poyo-poyo aje. Maybe sebab model iklan tu Naurah kot. Cer kalo tepek muke aku. Harammm! Hahahaha =P

Apa-apa pun bukan susah pon Ayu nak buat n3 tue. You don't owe me anything pon. Dah rezeki Allah tulis utk Ayu tue. Harap lebih ramai orang yang jumpe n3 kek Ayu & order sama dia. Amin. Amin.

Kisah ke Ikea. Yer. Sabtu tengahari gerak kesana. 1 jam hokeh dari Sepang-Damansara nun. Tu pasal la sejak kawen ini first time trip pergi kesana. Sadis kan? Sobssobbsss. Ok tapi skrg dah tak perlu sedih sebab dah dapat pegi. Dapat makan roasted chicken & meatballs yang sedap. Dapat usha showroom. Dapat beli meja & kerusi study Naurah. Dapat beli non-stick pan rege RM8.50. Aku suggest Ann & Na sila beli non-stick murah nie. Eventho aku dah ade yg Tefal hadiah kawen dulu, tp ianya besar sgt. Kadang nak masak takat telur mata 1 biji ape hal pakai pan besor gabak gtu kan? Buat penat basoh aje. Hehehe.

So pan kecik baru dah rasmi pagi semalam. Buat pancakes segera hasil rembatan tepung brand k4. Orang pemalas cam aku mmg gni ah. Beli yang segera aje. Nak buat sndiri cam x pandai eventho orang kata senang. Haha. Yang ini tuang tepung, masok sebiji telur ayam, letak air secukup rasa & goreng ats non-stick pan. Siap! Sapu sama planta gold & curahkan madu. Settled semuanya dalam 10 minit. Mudah je buat bekpes kali neh. Tak payah nk basuh pan beso psl goreng mee or kuey teow =P

Total damage at Ikea RM250 la senang ckp. Dpt gak kaut gelas lawo setengah dozen. Sampai rumah tgk pecah pulak sebiji. Takdir. Takde hal lah beb =)

So Naurah skrg manjang study kat meja kerusi baru. Buku-buku semua letak atas meja. Makan pon kat situ aje. Selok! Kurang sepah kot dari makan kat bawah. Memang terbaekkk!!


Korang ingat lagi tak ruang kosong yang aku pernah buat n3 nak letak ape tu? Ala...kat sofa 2 seaters yang Ann ngn laki dia duduk tu. Haaa...kat situlah sekarang meja study Naurah bersama kerusinya bermastautin. Dah tak gaduh dah nak letak ape situ. Hohoho. Now boleh kata dah takde ruang yang nampak kosong lagi. Tinggal maybe nak beli floor lamp ajelah buat tambah-tambah penyeri ruang. Pas bonus ah beli hehehe.

Eh...Ann, kerusi 2 seaters mu selok nak ngimpit laki mu duduk gapo? Hahahaha...

Ammar main-main ngn laki aku..lasak ohh Ammar tak reti ddk diam...huhuhu =P Bagi laki aku prektis dapat anak laki sok. Ecehhh =P Amin...amin....


Elmo kesayangan hadiah 2nd birthday from Pak Ngah Naurah =)

Aku tengah stress buat bajet pasal habi tak habis-habis soh simpan duit nak g bercuti ke Penang, KK & Medan sok. Sebab expenses semua mmg aku kena tanggung. Habi dah sponsor flights & hotel. Seram takot tak cukup duit. Hukhuk. Ja'at ah habi buat bini stress T__________T




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat