Kereta & Parenting Issue

Aku bercita-cita dapatlah tukar kereta habi skrg ke kereta yang besar sedikit sebelum keluar adik Naurah tahun depan. Ecehhh....kompiden je tulis gini. Hehehe. Aku rasa permintaan aku pd habi neh taklah over sangat memandangkan kete myvi tu baru anak sorang dah penuh bonet. Itu pon ada barang kena letak kat seat belakang. Anje nak duduk pon jadi sempit. Seb baek dia kuwus aje. Kalo mok-mok cam aku gak guane? Kan ker tak selesa dah tu? Hehe

Habi kan macam berat hati benau nak lepaskan kete myvi dia tuh. Adik aku si Hirraz cam dah beriya benau nak membelinya. Siap buat part time cashier kat k4 lagi di Batu Pahat sane. Gigih dia mengumpul at least 3 months installment utk myvi habi after hakmilik bertukar tangan. Itu lah syarat yang Kak Ya tetapkan if nak dia tolong serba sedikit dalam pemilikan kete myvi kpd adik bongsu aku tuh. It just that nama mmg kena tukar pd Kak Ya lah lepas tu sebab takot habi nak buat loan utk kereta baru tak lepas pulak. Hehehe.

If sebelum nie aku selok nak beli kereta sedan, after some thinking, rasanya better beli mpv aje kot. Sementelah Anje pon ddk dgn aku maybe sampai dia nak kawen kan. Hehehe. Who knows rite? Aku ngn habi tak masalah pon dia ddk bape lame ngn kitorang. At least boleh tolong tengok-tengokkan Naurah kalo aku sibuk buat keje rumah whatsoever. Naurah pon lately semakin rapat dgn cik Anje dia. Ngan aku pon kadang dah taknak. Pasal selok nak main barang makeup bagai. Mentang-mentang ibu takde barang mekap. Takpe....takpe.....T_T

So i think its practical if nak tukar kereta this year kan? Bukan aku saja ngada-ngada eventhough sebelum tu memang lebih kepada mengada-ngada jer. Hahaha. Aku harap habi take it serious la pasal nie. Ingat aku senyum-senyum cakap tu memain ker? =.=

Ehh...sebab aku nie camnie kan, suke cakap tu senyum-senyum, kadang orang ingat aku cakap main-main. Buat lawak. Tak sirius. Sabokan ajelah. Susah jugak gtu kan? Hihi...

Ibu bapa manelah tak susah hati kalo anak buat & cakap benda-benda tak elok kan? Kecik-kecik Naurah nie pon aku dah risau tahap dewa. Apekah lagi sok dah besar panjang. Haihhh....bukan senang menggalas tanggung jawab sbg mak pak orang neh. Kadang mmg rasa bersalah sangat tak membesarkan sendiri Naurah sepenuh masa. Barulah dengan bangganya boleh kata " Naurah pada hari ini adalah hasil didikan saya ". Dengan bangga lah kalo Naurah elok budi pekerti waktu tu. Buatnya ntah hape-hape, nampak sangat lah salah ibu tak pandai mendidik anak ye dop? Huhu ^_^

So sebab tak jaga Naurah full time, perangai Naurah skrg bukanlah 100% mengikut acuan yang aku mahukan. Maybe hanya 60% dari didikan ibu bapa, selebihnya dari nursery, Anje, MIL etc. Ye ker? Entah-entah 60% tu faktor persekitaran & selebihnya baru parents tak? T_T

Itu pasal kadang aku tengok Naurah tu terlebih nakal or cakap words yang tak sepatutnya, aku rasa insaf la jugak. Apart from terus marah dia, aku rasa first of all memang kesalahan tu terletak di bahu aku. Aku yang tak jaga dia full time. Aku yang mendahulukan kerja & tggjwb yang lain selain dia. Puncanya daripada aku jugak ye tak?

Pengaruh kat nursery mmg kuat. Lebih kuat daripada pengaruh kita kedua ibu bapanya. Kira ajelah berapa jam masa anak dihabiskan kat nursery dgn yg dihabiskan dgn kita. Dari situ pon dah boleh tawu. Bila dah jadi mak orang neh, kalo boleh kita nak terapkan segala nilai-nilai yang baik pd anak. Tapi sebab kita perlu bekerja, tugas tu susah nak terlaksana pd deme. Sape tak kecewa kalo anak tetibe cakap bebukan pastu kadang nakal cam hape kan? Pdhal kita takde pon ajor dia jadi gitu T_T

Dulu aku beriya taknak Naurah takut pd gelap, hantu whatsoever. Tapi kat taska tu selain pengaruh kanak-kanak yang lain, pengasuh yang muda belia mcm Anje tu pon bukan boleh pakai sangat. Sementelah deme semua nie bkn ade parenting skills. Masih terikut dengan kaedah didikan spt yang mak-mak deme terapkan dulu. Cam kite ni bila dah jd parents, barulah cari ilmu how to be a good parents kan? Deme tu ada ke sebab yang kukuh nak amek tahu ilmu parenting nie semua? Takde nyerrr....

So itulah dia. Naurah skrg takot pd gelap & momok/hantu.....hurmmm.....



Popular Posts