Ketam Goreng Butter Telur Masin

Bahan-Bahan

Ketam 4 ekor
Butter 1/4
Susu cair 1/2 tin
Daun kari 3 tangkai
Gula secukup rasa
Telur masin 2-3 biji
Cili padi 5-6 biji
Stok ayam or pati ayam knorr ke megi ker
Serbuk perasa

Cara-cara


1. Bersihkan ketam. Lebih senang kalau patahkan sepit besar tu dari badan siap-siap. Deep fry.


2. Tumis butter, cili padi yang diketuk atau di hiris & daun kari yang dah di ceraikan dari tangkainya.


3. Pecahkan telur masin dalam mangkuk & lenyekkan telur kuningnya dengan sudu. Tangan pon takpe pasal kenyal dah telur kuningnya tu. Payoh. Hehe.

4. Dah naik bau tumisan, tuang susu cair lebih kurang setengah tin. Lebih sikit pon takpe. Agak-agak la dengan ketam yang ada tu. Masukkan pati ayam yang dah di lenyek dgn air suam.

5. Dah mendidih, masukkan telur masin yang dah di lenyek tadi & masak sampai kuahnya agak pekat. Letaklah serbuk perasa ker gula ker. Garam tak payah pasal telur masin dah masin oke!


6. Dah pekat, masukkan ketam yang dah di deep fried tadi & gaul sampai mesra. Bila nampak dah lekat-lekat kuah td kat ketam, tutup api & hidangkan.


Ketam yang sekor tu utk Naurah. Sepit 1 pinggan. Badan ketam 1 pinggan.

Habi kata sedapppppp ^_^ 
Anje kata macam masakan kat restoran cina.
Naurah taknak makan ketam. Tak selera sbb demam sikit. End up ibu yang habiskan ketam gomok dia tu =P
Sila cuba resipi nie sebab sangat mudah. Bahan-bahan pon tak banyak & senang didapati. Lain la sikit drp typical malay cuisine yang biasa kita masak tu kan? Telur masin yang kuning tu mmg mabeles lah. Dap dapp...
Rezeki aku sbb ketam gemok-gemok kat Zemart. 4 ekor ketam = RM29.38. Habi kata skali skala tak ape kohhkofff =B



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat