Kronologi Pemakaian Shawl

Aku tawu muka aku tak semenggah. Korang tahankan jelah yer. Hahaha....

Nak cerita sikit pasal knonologi aku mula memakai shawl neh. Aku beli shawl cokelat tu kat Alamanda dengan harga RM15. Dekat booth tengah-tengah laluan tu jer. Dengan harapan beli shawl bidang besar gitu, tak payahlah nak kumpul duit beriya utk beli bawal bidang besar yang agak mahal. Mahal dalam RM35-RM50 gitu lah selai. Belom kira kalo sulam tangan lagi bunga-bunganya tuh. Siryes pd aku utk sehelai tudung, ianya agak mahal. Orang lain tak tawulah.

Balik keje, beriya aku nak try pakai taw! Siap suruh adik aku si Anje tolong pakaikan lagi. Tapi memang aku kecewa sangat sbb tgk muka tak semenggah aje memakainya. Dah try pakai serkup pon tetap tak lawo. Malam tu habi pegi tengok bola sepak kat stadium. So tak dapat nak mintak pendapat dia. Esok harinya balik keje, aku beriya lagi la cuba memakai utk minta pendapat habi.

Aku dah teka. Habi lambat sangat bagi respon. Dok tenung dulu muka bini dia macam cari idea nak cakap guane nie ek? Kata tak lawo kang, bini dah beli shawl. Kesian pulak. Maybe itu yang bermain kat fikiran dia masa tu kot. Hehehe. Sedangkan pd mata aku pon rasa tak lawo, inikan pulak kat mata habi. Taste kitorang kan lebih kurang sama aje. Huhu...

So aku rasa fed up dah la waktu tu. Maybe shawl tu simpan ajelah buat alas meja ke ape. Idea dari mek Na neh. Hahahaha. But entah kenapa, lepas aje pakai baju bersiap nak bertolak ke Kuantan pd hari Ahad lepas, aku tergerak nak cuba buat kali terakhir pakai shawl tuh. Camne eh nak bagi muka aku tak nampak bulat melekap? Mesti ada caranya neh. Dalam tergesa-gesa memakai sebab habi & Naurah dah tunggu kat bawah, aku dapat idea melipat siap-siap kelepet tepi tudung tuh. Lipat siap-siap, rasa muka dah nampak elok tak bulat, terus pinkan kat bawah dagu. Ehh! Nampak ok lahh. Tak booolaaattttt.

Happy aje rasa masa tu. Terus turun bawah, pakai compact powder & lipstik. And then cari habi tanya kat dia " ok tak? ". Laju je habi jawab " ok! ". LULUS!!!!! =D Yeayyyy! Akhirnya....tak sia-sia RM15 yang aku keluarkan utk beli shawl tu. Akhirnya boleh pon dipakai tanpa perlu merasakan diriku huduh. Kohhkofff

Perasaan bila pakai shawl yang labuh menutup dada adalah lebih kurang perasaan ketika memakai jubah hitam. Terasa martabat kita sebagai seorang wanita itu naik setingkat lagi. Aku bangga sebab dapat penutup aurat seperti yang di perintahkan oleh Allah. Ianya 1 perasaan yang sangat indah.

It just that ianya masih belum sempurna. Sebab apa? Sebab masih pakai wedges yang nampak kaki. Hukhuk. Sedih di situ. Utk memakai stokin, aku rasa macam tak sesuai utk diri aku. Apa yang terlintas di fikiran ialah utk membeli sepasang dua kasut bertutup yang trendy & selesa. Mungkin itu lebih praktikal utk aku. Itu tunggu gaji bulan ni pulak yerp! ^_^ InsyaAllah. Moga Allah permudah....



Popular Posts