Naurah Celebrate Birthday @ Nursery & Imbasan Bersalin 2010 =P

Kalo bawak camera gabak tadi, boleh upload gambo kek birthday Naurah kat nursery dia hari nie. Malam tadi nyaris-nyaris kek dipotong sebelom majlis bermula. Hahaha. Aku pon tak sangka Naurah selok nampak kek teros nak potong gitu. Dia rentap teros pisau kek atas kotak pastu dah buat gaya nak memotong. Terkojot mak okeh! Cecepat angkat kek letak atas meja makan & snap a few pictures. Itu pon dia gagoh cakap nak naik atas kerusi dengan pisau kek sentiasa di tangan. Oh no no no my dear. This is for your birthday celebration tomorrow. 

So aku pujuk cakap ngan dia esok Naurah potong kek & nyanyi lagu birthday dengan Cik Anje, Kak Lily, Kak Adah, Hajiq Darwisy blablabla. Dia pon dengar nama-nama kawan & pengasuh disebut, terus senyum simpul & angguk kepala. Lega mak. Hehe. Angkut masok peti, pagi tadi soh Anje bawak terus g nursery. Kang budak tu nampak lagi, mau dia selok lagi nak memotong. Hehehe.

Kirim juga duit to Anje utk beli KFC bagi warga nursery makan. Tak banyak pon. Dalam RM130 jer pasal Anje kata ada dlm 30 orang aje semua sekali kat sana. Barrel besar ayam 21pcs+15pcs pastu soh beli la air ker wedges ke ape ker duit lebihnya tu. Harap cukup la. Kalo tak cukup Anje tambah. Haha. Aku harap adik aku tu tak lupa nak snap gambo banyak-banyak. Kalo tak siap dia!

Tak kisahlah awal sehari pon celebrate birthday budak tu. Esok pon nak celebrate lagi sekali kat Semenyih. Teringat pulak 2 years back pd hari ini aku tengah melepak dalam bilik after nurse induced masok ubat kat montot. Boring gila masa tuh sebab memang tak rasa apa-apa. Second induce petang dalam waktu Asar. Tu yang lepas solat Maghrib dah contraction semakin kuat. Sampai akhirnya masok labour room pukul 11malam. Pastu pukul 12.30am gitu pakar bius masok inject epidural kat tulang belakang & aku pon tido dengan agak lena jugaklah pasal contarction dah tak rasa sangat kan. Kebas beb dari pinggang sampai ke bawah. Habi yang aku tengok tak boleh tido duduk sebelah aku. Kesian dia. Asal aku terjaga, dia tak tido. Sometimes dia mundar mandir dalam bilik. Sampai aku suruh dia pegi turun bawak lepak kat kedai minum air panas ke tengok bola ker. Hehehe.

Dalam waktu Subuh gitu Doc Khamsiah masok. Aku rasa dia pecahkan air ketuban & keluarkan air kencing masuk dalam tube. Pon tak rasa apa sangat. Hehehe. Then nurse masukkan second tube of epidural. Sampailah around pukul 9pagi Doc Fatimah masok. Ya Allah memang sangat lega masa tu nampak muka dia. Risau sangat dia takde masa aku beranak. Sebab dah rasi dengan dia kan? Check up semua dengan dia & dia paling tawu medical history aku macam mana. Dia check apa semua, tanya khabar bagai, akhirnya dia kata dalam pukul 12 tengahari gitu InsyaAllah aku akan bersalin. Bukaan dah ada masa tu dalam 4cm kot & contraction makin tinggi katanya.

Dalam pukul 11am bidan dah masuk dengan sorang nurse suruh push secara mengereng. Diorang kata utk cepatkan bukaan jalan. Aku risau kalo push push terus terberanak masa tu. Takkan deme jer yang nak sambot kot? Takmo aku weyh! Hahaha. Boleh pulak dalam pada push push tu opismate aku call. Aku angkat la ckp aku tengah push push. Bidan kata masa tu dah 7cm kalo tak silap. Opismate aku punya terkojot la. Pasal aku relax je ckp dgn dia pastu gelak-gelak. Bwahahaha. Epidural kan magic =P Sakit tu memang lah ada. Tapi boleh tahan lagi maaa....hihi...

Sampai akhirnya pukul 12thgari Doc Fatimah masok dengan but kuning macam Phua Chu Kang. Masa tu barulah keadaan agak serius. Doc panggil habi soh tengok kat bawah tu sekali dengan dia. Masa aku push memang dah nampak kepala Naurah dgn rambut dia. Tapi cam gitu jelah asal push, keluar. Tarik napas, masok balik. Sampai Doc Fatimah terpaksa buat episiotomy (gunting yer hihi) utk senang di vacuum kepala budak kecik tu. Vacuum tu kan macam " tikkk...tikkk.." gitu bunyi dia. Then dah keluar. Ehh masa vacuum pon aku kena teran sekuat hati jugak taw! Vacuum tu cuma pertolongan sikit aje.

Dah guna vacuum memang senang aje keluar kepalanya. Dah keluar then aku dengar Doc Fatimah cakap. Patutlah susah sangat nak keluar kepalanya. Tali pusat terbelit sikit yer. Lega la aku dengar sbb rasanya memang bukan salah ibu yang meneran tak cukop kuat. Tapi atas faktor yang Allah sudah tetapkan. Apa-apa pun, alhamdulillah akhirnya Naurah Zayanie selamat lahir kedunia. Montel tembam merah 3.1kg =D

Macam bengkak kan? Tak comel lansong masa ni. Bwahahaha. Maafkan Ibu Naurah krn berkata benar ^_^

Ok sekarang Ibu rasa Naurah dah comel macam Ibu...hehehehe =P


p/s: kesimpulannya ibu bapa jangan kecewa sangat kalo tengok anak tak bape comel lepas keluar. kecik-kecik baby tak comel sangat pon tak apa. InsyaAllah beso sket sok memang comel giler. ehhhh??? sape nak pecaye sila, kalo taknak pon tak ape.....teori ibu yang baru beranak 1 aje =P hihihi




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat