Adik Nurul Nadirah Sudah Tiada. Salah Siapa?

Emosi sungguh aku pagi nie bila dengar berita kat radio tentang pengesahan mayat rentung ialah milik adik Nurul Nadirah yang hilang awal bulan March hari tu. Siapakah manusia yang sangat kejam membunuh kanak-kanak yang comel & lemah? Pastu dibakarnya lagi. Manusia atau syaitan yang buat macam tu?

Maybe mayatnya dibakar utk menghilangkan bukti pd mayat. Adakah adik Dirang itu di rogol sebelum dibunuh? Wallahualam.

Kejamnya manusia zaman ini. Masa aku kecik-kecik dulu tak pernah risau pun nak pergi ke kedai dekat-dekat. Tak pernah ada timbul kerisauan dihati mak abah utk suruh anak-anak pergi ke kedai yang jaraknya 100 meter dari rumah. Tapi zaman skrg, 50 meter pon belum tentu selamat. Bumi Malaysia dah tak selamat macam zaman aku kanak-kanak dulu.

Ibu bapa sekalian, melihat kepada situasi dunia masa kini, dengan manusia yang semakin kejam tidak berhati perut & berbelas kasihan, marilah kita sama-sama melaksanakan tanggung jawab sebagai ibu bapa dengan lebih baik. Jagalah amanah Allah kepada kita melalui anak-anak dengan sebaiknya. Janganlah ambil mudah akan keselamatan anak-anak kita di luar sana.

Zaman ini sudah tidak sesuai utk di suruh anak ke kedai utk membeli barang. Ini bukan zaman 80-an dan 90-an lagi. Dah beberapa kes yang terjadi dimana anak-anak hilang tidak dapat dikesan krn ibu bapa menyuruh anak ke kedai membeli barang. Sepatutnya kita ibu bapa dah dapat signal yang sangat jelas dari kes-kes yang terdahulu. Mengapa masih ada kejadian yang sama berulang?

Aku sangat sedih. Memang layak anda menyalahkan diri anda apb anak anda hilang. Andalah puncanya kejadian yang malang itu berlaku. Ya, memang benar ia takdir Allah. Tapi segala yang negatif atau perlakuan lalai, cuai & sebagainya tidak boleh disandarkan pd Allah. Ianya salah anda!

Ya Allah, peliharalah keselamatan anak-anak kami. Jauhilah mereka dari segala bahaya & perbuatan jahat. Amin ya rabbal alamin.

Moga roh arwah adik Nurul Nadirah tenang di sisi-Nya. Amin.





Popular Posts