Berjumpa Yun & Baby Iskandar

Camne yer nak mulakan entry neh.

Aku cuma update beberapa benda yang penting ajelah yerk. Hari Sabtu balik rumah MIL. Bermalam kt sana. Pagi lepas breakfast gerak balik Salak. Sampai rumah teros gotong royong dengan habi. Dia masak bihun goreng & sambal sardin. Aku buat begedil daging. Naurah tolong buat sepah. Habis ikan bilis dia rendam dalam air =.=

Tengah masak-masak mekna meses ckp dia dah otw balik ke Putrajaya dari PJ. Naik belon panas dia. Aku pon tak pernah naek lagi. Masa tu 10.30am. Aku baru nak naik atas mandikan Naurah & diriku sendiri. Hehe. Habi meneruskan perjuangan di dapur. Pukul 11.00am aku & Naurah dah siap. Habi boleh pulak on TV. Penat katanya. Rehat kejap. Ok. I understand. Licin dapur dia kemas, basuh pinggan & lap.

10 minutes after that habi naik atas mandi & aku mula start make up muka & pakai shawl Mekah. Hehehe. Kesan lipat pon ade lagi kt shawl yek Na? Hahaha. Aku conteng muka, Naurah pon dok korek krim muka cik Anje pakai kat muka dia. Aku tak kabo lg ke adik aku krim muka dia dah berlobang-lobang kena korek dgn Naurah. Abes la ko Naurah kena marah nanti. Huhuhu.

Habi bersihkan muka Naurah, aku angkut segala khazanah masok dlm kete Vios putih Abah. Mekna kata Mika dah selamat tido. So dia ajelah sorang yang ade. Pick up dia kat bus stop Prescint 9 & off we go to Kota Damansara.

Habi lalu Elite & dalam 40 minit jer sampai dah rumah Yun. Pusing-pusing pasal dah terlepas simpang tapi sebab orang lelaki, pandai aje di pusing situ sampai jumpa tempatnya.

Best aje jumpa Yun, Mya, suami & baby Iskandar. Sembang macam-macam. Posing bermacam-macam gaya. Baby Iskandar sangat behave.Sekali aje dengar suara dia menangis pasal soh orang angkat. Lepas-lepas tu elok aje. Sedap dia tido pas aku pelok. Siryes kekok dah pegang baby. Rasa baby sangat fragile.

Naurah sangat baik dengan baby. Tak usik pon. Manjang nak kiss aje. So sweet. Memang pass dah nak jadik Kak Long. Ntah-ntah akhir tahun nie ko jadi Kak Long Naurah. Errrrrkkk? Lain macam je bunyik. Hahahaha. Korang pk la sendiri! Kohhkoffff. Rosak plan ibu Naurah.....kite tunggu jelah 25 & 26hb nanti guane....kapal layar dah berlabuh awal. Ade ribut taufan pulak tengah jalan....=P

Then kami pon makan la bekalan yang aku bawak dr rumah. Tetamu aje yang makan. Mya jadi wakil tuan rumah.

Around 2.15pm kami gerak balik pasal kat luar pon dah mendung & angin kuat. Nak hujan. Mintak diri, hantar Na dan kami pon terus balik ke Salak. Hujan turun dengan lebatnya. Habi & Naurah tido. Aku sorang-sorang buat air kopi pans & duduk kat kerusi luar memerhatikan hujan lebat. Heaven =)

Sori takde gambar. Aku tak bawak dslr. Tak kuasa nak snap pakai henpon cikai. Gambo cuma ada kt henpon Yun & camera abang mekna.





Popular Posts