Blogger Friends Terbaekkkkkk!!!

Terharu aku dengan komen-komen rakan blogger yang sangat memahami situasi aku. Aku tawu korang mesti back up baekkkkk punye kat aku. Ngehngehhh. Kompiden aje kan? ^_^

Thanks guys for komen-komen yang membina. Masa mula-mula baca komen cik anon tu memang rasa down la jugak. Sedih je rasa sebab sebab orang komplen pasal penampilan diri kita. Muka nampak tua dari usia & gemok. Itulah kesimpulan yang cik anon nak sampaikan bukan?

Realitinya bukan aku tak sedar semua tu. Cuma aku selesa dgn diri aku sekarang. Aku selesa dgn cara aku berpakaian & sedang berusaha utk turunkan berat badan. Asal aku berusaha utk menutup aurat dengan lebih sempurna & berusaha nk turunkan berat badan eventho takde perubahan besar, aku dah rasa happy. Takde stress pon.

Nampak tua pon tualahhh. Dah muka aku gini nak buat guane kan? Hehe. Gemok pon gemok lah. Asal aku takde penyakit kronik & habi masih sayang, itu dah cukop baek. Keji lah aku. Umpat lah aku. Yang penting aku happy dengan life aku. Ko hado? Huhuhu =P

So tadi masa mengarang n3 jawapan kepada cik anon tu memang aku tulis dengan perasaan yang tenang. Rasa macam jawab ajelah macam biasa komen dia tu. Ignore rasa sakit hati, sedih & rendah diri tu. Jawab macam cik anon bg soalan biasa aje. Rasanya agak berjaya kot. Huhuhu. Kalo ikotkan rasa sakit hati tu semua, mesti aku cam emo je menjawab macam-macam tadi. Kehkehhh 

Kepada cik anon, eventho molek aje ayat memule tu tulis ' sorry to say ', aku rasa tak perlulah sebenarnya mengomen perihal yang negatif tentang keperibadian orang yang anda tidak sangat kenal. Is it really necessary utk menulis tentang fakta & realiti keadaan seseorang. 

Cth mcm nampak orang gemok, then ckp ehh awak nie gemok lah. Nampak orang rupanya tua dari usia, then ckp ehhh muka awak nie nampak tua dari usia lah! It is really necessary? Benda-benda tu kan sangat sensitif. Terutama sekali kepada perempuan. Kalo cik anon tu lelaki, maybe dia tak faham kot. So aku harap lepas nie dia lebih faham la =)

Lagi satu, eventho anda jadi cik anon, menyakitkan hati orang dengan sengaja/ x sengaja, (lebih-lebih lagi tak minta maaf lepas tu) eventho orang tu tak kenal anda siapa, Allah tu tak tahu ker? Free free aje dapat dosa tulis kat buku kiri anda tu. Suke ek? Huhuh =P Kalo memang suka & tak kisah tak tawulah nak cakap ape dah. Gasak mung laaaa.....huhuh







Popular Posts