Datangnya Macam Ribut

Dah lama cik anon tak mengomen kat entry aku kan? Musim meroyan dia dah tamat kot. Kat blog member lain pon tak nampak dah kelibat dia. Dia datang macam ribut taufan tapi dia pergi dengan senyap-senyap macam jinjit kaki masok dapor bukak fridge makan aiskrim pukul 3pagi. Hehehe. Best tak perumpamaan aku? =P

Atau lebih elok gaknye kalau aku tulis cik anon dah insaf. Dia sedar bahawasanya perbuatan dia mengomen begitu tidak mendatangkan faedah lansung kepada dirinya mahupun kepada penulis blog yang dikomen. Ada kemungkinannya jugak kan? ^_^

Apa-apa pun, aku terharu jugak sbnrnya ada cik anon sudi bg komen pedas-pedas manje kt aku gitu. Rasanya pertama kali terjadi sejak start berblogging tahun 2008 dulu. Memang rasa mcm femes sket ah blog aku nie. Padahal isinya poyo-poyo aje. Itu pon boleh bikin kontroversi. Hebakkk =P

Cik anon suke komen dgn jujur. Dia terus terang kata muka aku nampak tua & gemok. Pastu dia kata aku nie bukannya bagus mana. Tutup aurat pon belum sempurna. Laki pon pakai seluar pendek sana sini. So agaknya pd dia aku tak layak la nak cakap apa-apa pasal agama nie lelebih. Tak sesuwai gitu kot.

Satu lagi point dia, dia heran kenapa blogger nie tak boleh nak dikomen negatif. Manjang aje sentapp. Nakkan komen yang baik-baik aje. Taknak terima kenyataan or realiti sebenarnya. Itulah antara kesimpulan yang aku boleh buat dr kehadiran sebentar cik anon di blog aku neh.

Sometimes aku rasa dia memang ada point. It just that dalam Islam, cara dia tu tetap salah. Islam mana ada galakkan kita tak menjaga hati sesama manusia. Betol tak? Kot ye pon kalo tak tahan sangat nak komen buruk-buruk gitu, apa salahnya private message dgn penulis ker. Emel ker. Kan ker lebih molek? Tidaklah seperti mengaibkan penulis di khalayak ramai kan?

So pd aku, kalau dia rasa aku tak layak nak tulis apa-apa yang berkaitan agama, dia 10kali tak layak dari aku. Sudahlah tak berani letak nama eventho nama palsu pon. Nampak sangat kebachulan cik anon disitu. Jenis baling batu sembunyi tangan. So memang takde ape yang nak di respect dgn cik anon neh. Mmg saje nak bikin gempak aje kot. Suka bila kita tulis entry khas utk dia. Nak kita akui kebenaran dia & kekhilafan kita. 

You're so cheap la cik anon...aku pasti in real life cik anon nie tak disukai ramai pon. Jujur tak bertempat. Huhuhu...

Apa-apa pun, aku dapat pelajaran baru ttg cik anon neh. Thanks for dropped by at my blog......



Popular Posts