Hanya Keluarga Sederhana

Kadang aku rase cam bersalah bila update pasal nak pergi sana sini. Trip holiday sana sini. Sebab macam menunjukkan aku nie orang 'senang' walhal aku biasa-biasa aje. Siryes la memang sederhana aje. Tak kaya pon. Tiap tengah bulan tetap merasa sengkek. Tetap tertunggu-tunggu medical claim or gaji masuk. Memang tak senang mana pun. Sangat biasa.

Aku & habi keje pon biasa-biasa aje. Bukan lecturer, bukan penjawat awam gred pegawai, bukan siapa-siapa pun. In terms of gaji, aku & habi lebih kurang aje. Habi banyak sikit la dari aku dlm a few hundreds. Memang la kami tak layak dapat BR1M, tapi kami tidak juga dalam kategori orang 'senang'. Sederhana aku kata!

It just that Allah mempermudahkan banyak hal dalam kehidupan kami sekeluarga kecik nih. Terima kasih Allah kerana walaupun gaji kami tak besar mana, hidup di bandar besar ini, tp rezeki kami sangat murah. Kami tak senang mana. Tapi orang di sekeliling kami adalah orang-orang yang sangat pemurah & baik hati. Maka dapatlah kami yang sederhana ini merasa setiap tahun holiday naik flight. Skrg kan ada AirAsia. Penerbangan tambang murah. Everyone can fly! Kami yang sederhana ni juga sudah mampu. Cer kalo takde AA, hado?

Rezeki Allah tu ada pelbagai jenis & cara. Mungkin kami tak senang dr segi wang ringgit. Tapi rezeki kot lain tu memang selalu ada. Cth cam tetibe Kak Ya ajak pergi Bangkok last year. Tiket flight dia tanggung. Rezeki kan? Bulan nie kalo dpt pegi P.Perhentian naik MAS free. Rezeki jugak kan?Ada lagi lah bbrp kes tapi cukuplah aku bagi 2 contoh tu aje.

Kami nampak senang bukan sbb duit kami banyak. Tapi sebab orang sekeliling kami yang sangat pemurah. Allah murahkan rezeki kami kot lain. Syukur sangat-sangat. So byk benda yang sbnrnya kami tak mampu, ianya jadi mampu. 

Di atas kesenangan ini, aku selalu ingatkan habi & diri sendiri spy jangan mudah tinggalkan solat. Sebab kalo kita tak solat, nanti Allah dah tak sayang kita. Bila Dia tak sayang, hidup kita takkan jadi mudah macam skrg nie. Sebab tagline hidup aku senang aje. Jagalah Allah, Allah menjagamu. 

Tagline yang mudah. Tapi kadangkala sangat sukar merealisasikannya. Tapi atas kesedaran ini, aku paksa diri aku utk bangun solat Subuh walaupun pd waktu hari tidak bekerja. Aku bangun pagi-pagi buta utk melunaskan hutang solat Isya' & aku gagahkan diri membaca barang sebelah muka surat al Quran saban hari. And at times aku lalai juga.

Aku takot Allah tak sayang kami lagi. Krn kami amat memerlukan kasih sayangNya utk meneruskan hidup kat dunia nie. Tanpa Dia, dgn gaji yang seciput ini, bagaimanakah???



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat