Hobi Yang Bertukar

Bagi yang dah lama mengikuti blog aku neh, mesti dah sedia maklum yang rumah aku berdekatan dengan KLIA & LCCT. Tiap-tiap hari tak sah kalau tak nampak katebang berlepas & mahu mendarat. Besar gabak sampai boleh nampak dengan jelas logo katebang yang terpampang di badan pesawat mahupun di ekornya.

Dulu masa kecik-kecik jakun betol kalo nampak katebang. Padahal jauh nun mengecik di atas sana. Kalo dengar bunyi kuat sikit aje, berlari kami adik beradik nak tengok katebang yang lebih besar. Takjub sungguh rasanya. Sekarang dah tak macam tu lagi. Tidaklah berlari-lari keluar rumah semata-mata nak tengok katebang. Tapi masih tetap excited bila nampak =)

Boleh kata setiap pagi bila nampak katebang berlepas, aku cakap dgn habi " Abang, bulan nie kite naik katebang tu kan? Ini bila nampak ada lambang wau di ekornya ". Merujuk kepada kalo jadi ke P.Perhentian akhir bulan nanti. Habi cuma sengih & geleng kepala. 

#Update: Aku & Naurah kena bayar sorang RM100 aje utk kesana. Habi cover yang Naurah punya cost. Anak kan tanggungan suami.....hehehe =P

Kalau kebetulan Naurah ada sekali dlm kereta, aku tunjuk pd Naurah ade aeroplane & ckp padanya " Naurah, bulan depan kita pergi jumpa Cik Ya naik tu yer!". Ini bila nampak perkataan Air Asia terpampang di badan pesawat. Naurah pon mengangguk sambil tersenyum. Selok! Hahaha....

Kalau korang tak tawu, aku dulu sebelum kahwin merupakan seorang yang agak anti social. Aku tak suke merewang di shopping complex, aku tak suka pergi ke kenduri kahwin, aku tak suka pergi kemana-mana. Aku cuma suka duduk kat rumah tengok tv. Masa student pon sama. On my final year at UPM, masa tu dah ade kereta JHT. Kalo orang lain for sure dah berjalan kemana-mana. Aku? Paling kuat ajak roomates g The Mines & Alamanda. Sebab itu je shopping centre yang paling dekat. Itu pon sebulan sekali kot? Hihi.

Kalo ade rombongan kemana-mana, selagi tak wajib pergi, aku takkan pergi. Malas. So most of my friends yang kenal kat matrix & U memang tawulah aku jenis macam mana. Poyo. Hahaha.

Tapi kan, lepas aje kawen, dapat anak sorang, tetibe aku berubah 360 degrees. Aku suka g jalan merewang kt shopping complex, aku suka jumpa ngn kawan-kawan blogger, aku suka g kenduri kahwin. Semuanya tentang berjalan keluar dr rumah aku suka. Rajin. In fact aku suka pergi holiday sana sini tengok negeri & negara orang. Sanggup berhabis duit semata-mata nak berjalan sana sini pdhal duit tak banyak mana. Tapi dek kerana minat, buat-buat tak ingat ajelah berapa duit yang dah melayang. Yang penting puas dpt jalan-jalan.

Apapun hobi baru aku sejak kawen nie takkan dpt terlaksana tanpa bantuan & sokongan habi. Thats y i loved him soooooo much. Eventho sekali sekala dia bising jugak psl hobi bininya neh. Tapi dah kena goda-goda sket ngn aku, buat mulut moncong sket, tak lama dia pon bg green lite. Dgn syarat most of the expenses of course aku la yg kena tanggung. Walau hakikatnya duit dia pon byk terbangnya. Hehehe.

It just that habi more reasonable lah. Cam aku nk ikot dia g training kt Korea, dia halang sbb mcm mengarot betol. Haha. Sometimes dia terpaksa ingatkan bininya nie jugak. Selok sampai tak sedar diri. Kihhhkihhhh =P

Ada orang maybe rasa membazir aje g jalan sana sini perabih duit. Itu orang lainlah. Maybe diorang lg suka kalo habiskan duit tu utk beli baju, foods, perabot, mekap whatsoever. Stp orang ada pilihan & kegemaran masing-masing. Ikotlah asal bahagia. Tapi aku......sejak kawen, mmg suka pergi holiday. Yeayyyy ^_^

Balas dendam psl dulu tak suka jalan-jalan kot?




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat