Khabar Dari Makkah - Part II

Ok ok. Mesti ramai tertunggu-tunggu entry nie kan? Hahahha. Saje bagi korang tunggu lama sikit. Nak buat surpriseeeee!!!!!! Ok mengarot jer. Hehe.

Sesampainya mereka kat hotel, ada 1 kejadian yang tak terduga. Aku tak pasti kat Madinah or Mekah. Ayah aku nie dia memang menggunakan tongkat utk berjalan. Sebelah kakinya ada masalah. So utk memudahkan segala urusan kat sana, mmg lebih senang kalo tolak dia naik wheelchair aje.

Nak dijadikan cerita, sampai hotel, dek kerana jemaah yang terlalu ramai, wheelchair pon sudah habis. Means wc wakaf lah. Fening terus semua orang bila jadi gitu. Susah la nanti FIL nak gerak mana-mana. Masa tu nak beli wc, tapi duit dalam poket baju Ayah cuma ada 200 riyal. Harga wc kt sana dalam 300 riyal+. Masing-masing yang lain semuanya tak bawak duit. Tinggal dalam bagasi yang belum dipunggah. Guane neh?

Dalam kerunsingan tu tetibe manager hotel datang bawak 2 buah wc baru. Dia bagi kat Ayah 1 suruh pakai. Katanya sedekah. Terkejut Ayah sebab tetibe aje dapat wc gitu. Ayah nak bagi dia duit, dia taknak amek. Ayah kata dia cam rasa tak sedap la pasal bukan dia tak mampu nak beli wc. Cuma duitnya tertinggal kt tempat lain. Tapi manager tu sungguh-sungguh takmo amek duit yang Ayah bagi. So gitulah ceritanya. Dapatlah Ayah pakai wc baru masa kat sana. 

Takde cacat cela macam wc lama yang dah dipakai beratus mahu beribu orang kt sana. Alhamdulillah. Rezeki Ayah =)

Banyak kesimpulan yang aku boleh buat dari 2 cerita dari mak ngan ayah neh. Aku rasa korang pon boleh fikir sendiri. Betapa berkatnya tanah haram. Kalau kita susah, pertolongan datang dengan cepat sekali. Memang terasa sangat dekat dengan Allah.

Kata opismate aku yg pergi umrah last year, kat sana apa yang terdetik dalam hati pon boleh termakbul. Dia cerita tentang isterinya yang ckp teringin nak makan nasi Arab. Alih-alih balik hotel ada hidangan nasi Arab. Siap dgn daging unta bagai. Subhanallah.

Opismate aku juga pernah terdetik dlm hati bimbang seliparnya hilang after solat. Yelah dah ramai-ramai gitu kan? Sedang dia mencari-cari seliparnya usai solat, anak buahnya datang menjinjit seliparnya. Allahu Akbar.

Sungguh ajaib bumi Mekah. Moga aku berpeluang kesana dlm setahun dua ini. InsyaAllah.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat