Khabar Dari Makkah

Alhamdulillah, sihat semuanya family in law =) 

Dalam pertemuan yang singkat malam tadi, sempat juga mendengar 1, 2 cerita yang menarik utk dikongsikan disini. Di rumah Allah, semuanya mungkin. Tiada apa yang mustahil. Yang susah mungkin dimudahkan. Yang mudah kadangkala di susahkan. Kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Allahu Akbar.

Siryes hati aku rasa sangat terpanggil utk kesana. Ya Allah, permudahkanlah aku utk ke rumahMu. Amin ya rabbal alamin.

Sebak & sayu mendengar cerita mak & ayah disana. Alhamdulillah semua urusan mereka dipermudahkan. Mak & ayah memang orang yang baik-baik. Adik-adik ipar aku pon semuanya baik-baik. Molek budi pekertinya. Aku yakin Allah akan sentiasa menjaga kebajikan mereka disana. Terima kasih Allah kerana memungkinkan mereka selamat pergi & balik dari rumahMu.

Seronok aku mendengar emak berkata dia mendoakan Naurah disana. Doa yang sangat baik. Moga Allah perkenankan doanya.

Emak Keseorangan

Emak bercerita sewaktu ingin menunaikan tawaf bersama Mak Lang, suddenly Mak Lang sakit perut. So terpaksa balik ke hotel dulu. Maka tinggallah emak berseorangan di tengah kesibukan orang yang sudah mula bertawaf. Yang lelaki semuanya bertawaf bersama dengan ayah. Emak kata dia sangat susah hati. Melihat kiri kanan jika ada orang dari kumpulan yang dikenalinya. Malangnya tidak ada. Emak termangu-mangu seorang diri ketakutan dalam lautan manusia. 

Tiba-tiba datang seorang pemuda yang lengkap berpakaian, berjaket & berkasut. Out of nowhere. Dia orang melayu krn bercakap dalam bahasa melayu. Paras rupanya sangat cantik. Mak kata cantik la mlm td cerita. Yang sesuai tampan kot. Hehe.

So pemuda tu bertanya pd emak kenapa dia nampak runsing? Apa yang ditunggunya? Mak pon cakap dia mencari-cari anak & suaminya tapi tidak jumpa. So pemuda tu mintak no.telefon adik iparlah. Dia nak call kan. Mak pon bagi tapi lelaki tu kata tak diangkat. So dia cakap dgn mak spy start bertawaf. Dia tanya mak tahu tak caranya? Mak kata tahu. Ok lepas tawaf, kalau tak jumpa lagi sesiapa yang dikenali, dia suruh mak balik hotel. Dia tanya lg mak tahu tak jalan balik hotel? Mak kata tahu. 

Deme amek hotel yang mmg dekat betol dengan masjid. So memang tak susah nak mengingatnya. So emak kata dalam takut-takut tu dia pon tawaflah sorang-sorang. Mak kata meleleh airmata dia sbb ketakutan & kemudian berasa pelik dgn kehadiran pemuda tampan td yang menolongnya. Akhirnya mak pon selesai tawaf & terus balik ke hotel. Rupanya mak orang yang kedua last dlm rombongan yang sampai kt hotel. Yang last adalah mak lang.

Siapakah pemuda tampan tersebut? Mak kata lepas pemuda tu pergi baru dia terfikir peliknya lelaki tu sebab dia lengkap berpakaian bukan dalam ihram. Malah memakai kasut. Kat tempat tawaf mana boleh pakai kasut katanya. Wallahualam.

Adik ipar kata masa tawf memang ada call masuk. Tapi tertera tulisan arab. So dia takot nak angkatnya. Entah pak arab mana pulak nak call dia kan? Hohoho. Sabo ajelah =P

Tiada Kerusi Roda Utk Ayah

Yang ini cerita kat next entry okeh.....hehehehe....




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat