Makin Dilayan Makin Menjadi

Sorry guys semalam takde update n3 from this blog. Sebab penulis tak datang keje =P Aku pasti korang pon faham kalo takde entry kat sini, usually bukan sebab aku malas nak update. Tapi sebab tak pergi keje samada bercuti or on medical leave. Keep noted yer ^_^

Sebenarnya aku malas dah nak komen or ambil kisah tentang cik anon yang selok nak mengkritik peribadi aku. In fact ada 2 komen dr dia yang aku tak approve pon utk publish pasal cam tak berfaedah sangat penulisan dia tuh. Memang saja cari pasal nak sakitkan hati orang whatsoever. Aku pon tak sure apa masalah dia dengan aku sebenarnya.

Did I ever hurt your feelings before? Yang aku tak sedar? Sebab siryesly aku tak ingat if pernah kritik siapa-siapa secara peribadi dalam blog neh.

Aku menulis tentang cik anon bukan sebab aku nak minta simpati dari pembaca yang lain. Tapi aku cuma nak pastikan samada memang aku yang bersalah sebab 'nampak tua dari usia & gaya pemakaian tutup aurat yg tidak kena dgn usia' atau kritikan cik anon sememangnya tidak berasas dan cuma layak utk diabaikan.

Since ramai pembaca lain yang bagi pandangan utk aku abaikan saje kritikan cik anon yang tidak bernas, aku pon rasa tak perlu aku layan sangat kritikan dia tuh. Baca tapi lepas tu lupakan ajelah seperti angin lalu. Hehehe. Tak berbaloi kot utk dilayan. 

Maybe cik anon pon suka gaknye kalo aku melayan dia sesaje dlm entry aku. Suke sebab dapat perhatian aku ek? Adakah anda kurang mendapat perhatian dari orang disekeliling anda? If so, itu bermakna memang anda seorang yang bermasalah. Anda taw yang bermasalah. Bukan aku! =B

Tetibe rasa macam blogger femes pasal ada cik anon nak dapatkan perhatian dari aku. Kehhkehhh =P

Ok. Kerja adalah menimbun atas meja sebab semalam tak keje. So bye for now & salam Jumaat yang indah to all of you =)




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat