Membelanjakan Duit Memang Syok!

Rasa macam nak pecah kepala kalau pandang pc lama-lama skrg. Tak lama pon dah sakit kepala & fenin sebenarnya. Takpe, bertahan beberapa hari je lagi Sharena! Isnin sok maybe sudah jadi ibu kacamata. Errkk?? Yer, kompem akan jadi lebih tak lawo. Pasrah. Or akan jadi lebih nampak tua? =P

Surat bonus & increment bersama slip bonus dah pun dapat ditangan semalam. Bonus is 2.5months. Increment mcm yang aku jangkakan hari tue jelah. Alhamdulillah =)

Ada hajat nak belanja BFF bloggers makan mee ketam kat Shah Alam or makan nasi ayat penyet power kat Wong Solo, Bangi. So BFF yang dalam list tu, sila atur temujanji dengan aku kalau nak merasa duit bonus den ^_^

Esok maybe akan naik ke KL. Habi nak beli camera baru sempena dapat bonus. Kalo time bonus gini memang masyuuuk sama-sama la kami laki bini. Ate nama keje 1 company kan? Best disitu ye dop? Huhu. Tapi habi masyuuuk lebih sket dr aku kali nie sbb dia dpt 2.75months. Dept.aku kan tak achieve target......T_T Memang padan la kan?

Mesti ada yang tertanya. Dah ade DSLR kenapa nak beli camera lagi? Habi kata DSLR too bulky. Payah nak usung sana sini. So dia nak jugak camera compact yang lebih mudah dibawa kemana saja. Tapi yang fungsinya hampir taraf DSLR katanya. Gasak ah pasal guna duit dia pon. Aku tukang pinjam aje nanti. Hakhak... Maka tercapai lah impian habi nak bawak camera baru pegi bercuti kat P.Perhentian nanti =)

Pergi ke KL selain nak beli camera, nak pick up Kak Ya sekali sebab dah seminggu dia bertapa kat hotel sanun. Dia kata on Sunday nak belasah Naurah cukop-cukop. Kehkehhh. Merasa la Kak Ya kami belanja makan dengan duit bonus nanti. Plan nak ajak dia makan kat Bagan Lalang =)

Impian aku ape pulak yer? Ok. For this time, aku nak fokus pd proses mencantikkan rumah dulu. Nak beli deco-deco & nak cat rumah. Yeayyyyy!!! Cat rumah nie yang aku excited lebih. Harap berjaya pilih cat yang menarik sampai rumah jadi berseri-seri & tak selok nak berjalan aje. Duduk rumah tgk rumah cantet aje. Hahaha...yeah right! =P

Lepas dah puas hati dengan rumah.....dah buat saving yang sepatutnya.....baru pk kehendak lain pulak...we'll see ^_^

Have a great Friday everybody! =D



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat