My Hectic Weekend

So hows your weekend guys? Ade best macam aku tak? ^_^

Siryes rasa macam tak cuti pon. Sebabnya schedule penuh dengan agenda jalan-jalan perabih duit. Kohhkofff. Pagi Sabtu dah selok meses opismate sana sini tanya duit dah masok ke belom? Bila sorang tu kata dah masyuuk aje, zass siap-siap nak pickup Kak Ya kat Hotel Maya. Around 12.30pm sampai sana, terus ke Plaza Low Yat. Lain yang nak dibeli, lain yang dibeli akhirnya...hahahha...for months eyeing for Fujifilm..at last Nikon S8200 yang dibeli.

Tapi siryes gambar sangat cantek. Sampai rumah kenapa aku pulak yang selok baca manual guide? Lagak macam kamera aku aje. Hehe. But for RM950, its really worth it lah. Plus lens protector RM1100. Pembelian yang berbaloi-baloi. Kaler ada 3 aje. Black & silver is so boring. So aku soh habi pilih red. Something different from our personality actually. But I guess its time to make a change. Try to get out from our comfort zone once in a while =)



We are having our lunch at Sukiyaki restaurant. Siryes sedap. Nie pon salah satu cara nak keluar dr our comfort zone. Asyik makan benda biasa aje kan? Sekali sekala makan yang luar dari kebiasaan, tetibe sedap melampau pulak rasanya. Lebih-lebih lagi bila Kak Ya yang belanja =P Naurah pon makan banyak.

Settled kat Low Yat, off we go to Nilai 3. Panas gila petang tuh. Kak Ya belanja Naurah basikal Panda Pink yang comel. RM130 terbang. Thanks Cik Ya, kata Naurah ^_^

Then aku & Kak Ya memborong baju kaftan sampai 10 helai, telekung 4 helai & kain pelekat pon berhelai-helai. Total damage RM500. Tamat day 1 bonus masuk. Total damage duit aku cuma RM200 aje pasal banyak Kak Ya sponsor. Ate Petronas staf bonus 4 bulan ye dop? Hikhikk =P

Malam tu semua tak larat nak keluar dinner. So semua masuk tido awal.

Pagi Ahad pulak aku, Kak Ya & Naurah pagi drive thru McD kat Kota Warisan beli breakfast box. Lepas kenyam, bersiap nak ke Giant pulak. Mau beli susu Naurah yang kehabisan. PIL tetibe datang Giant nak jumpa Naurah. Deme g wedding kat Bkt Changgang sebelum tu. Sambil tggu deme main-main dengan Naurah, aku Anje n Kak Ya masok la Hinano punya kedai. Cuba alat-alat kesihatan yang ada. Siryes rasa sihat badan lepas urut guna Therapeutic Health Messenger (THM). Kebetulan ada promosi beli Magnetic Bike, percuma THM & Body Fat punya analyzer. RM1490. So sebab Kak Ya nak THM, dia beli la pakej tu. Hari nie basikal sampai kat rumah aku. Kak Ya soh guna aje.

So gitulah kekdahnya. Cancel la beli treadmill sebab dah ada basikal neh. Tapi siryes aku rasa macam nak beli THM tu weyh. Boleh pecah lemak sekali pakai benda alah tu. Dulu masa aku cuba promo kaedah slimming kat Slim World memang diorang pakai benda alah nie lah. Tapi banyak-banyak la pelekat tu. Ini cuma ada 4 pelekat. Semalam promo kat belakang bahu pon dah heaven giler. Terus keluar angin sendawa. Teros hilang sakit kepala & pening aku weyh. Terharu betol rasanya. Hari ni aku ke opis dengan semangat pasal badan rasa sihat sangat ^_^

Hinano nie Malaysia punya brand aje. Tak sangka betol aku. Huhuhu. More info abot THM ada kat sini. Price dia kalo takde promosi RM740 macam tuelah. Tapi guys, aku fikir kalo memang boleh menyelesaikan masalah lenguh-lenguh badan yang aku deritai selama nie, ianya adalah sangat sangat berbaloi. Dapat rasa sihat & bersemangat gini, sape taknak kan? Kalo lekat kat perot, susut la spare tyre 3 gelung aku tu weyh. Hehehe =P

OK. Berkenaan dgn sakit kepala aku tu, akhirnya buat dah spek baru. Silau tinggi lagi. Naik dari yang lama. Orang kedai spek kata sepatutnya aku dah kena pakai spek sepanjang masa bukan sekali sekala aje. Tapi aku tetap degil kot. Huu...rase buruk benor rupe pakai spek nerd neh. Tapi siryes terang gile penglihatan aku bila pakai spek. Rasa cam sentiasa tengok tv HD =D Aku akan pakai spek nie. Cuma kena get used dululah. Takde aroh dah hukhuk

Ok, Itu ajelah cerita weekend aku. Hectic. Tapi puas. Err....berjaya pujuk habi soh sponsor beli rantai leher...lalalalala....harga emas pon tengah murah sket kan skrg? I like ^_^





Popular Posts