Takut Yang Bagus?

Hujan sekarang ini di Cyberjaya. Cuaca suram-suram macam nie tetibe mood pon terikot same. Padahal tak perlu nak moody buat muke poyo gini kot. Malam nie dah kena packing baju bajan & segala keperluan utk bercuti ke pulau. Pagi-pagi buta dah kena bangun & right after Subuh prayer dah kena gerak ke KLIA. Best nie pergi bercuti ramai-ramai dalam 40 orang.

Dapat naik flights. Dapat naik big boat. Dapat snorkeling. Dapat baring tepi pantai pakai bikini....errkkkk??? Kompem mata mek Na jadi macam nie o__O bace....kohhkoffff

Last time aku ikot rombongan bercuti yang banyak macam nie....hurmm...let me think. Rasanya masa kat universiti dulu kot. Huhu. Siryes memang dah lama dah. So macam lupa camne nak behave ramai-ramai gitu. Ehh...kali nie sangat lain. Dah ada anak sorang yang manjang nak clinging to her mother. Dah ada habi yang selalu jadi perunding fesyen tak bertauliah aku. I think I'm going to experience new situation for this holiday. It makes me feel excited now ^_^

Pagi tadi aku saje test Naurah. Aku cakap " Naurah, esok kita naik aeroplane yer ". Usually Naurah cakap "Nak!" dengan penuh excited. Tetibe tadi dia cakap " Taknak lah Ibu. Naurah takot.". Hukk olohhhh....tetibe aku jadi risau dia betol-betol takot takmo naik aeroplane pagi esok. Terbayang dia nangis-nangis, kamok-kamok taknak naik jugak. Masak aku weyhhhh!!!!

Siryes aku kena bawak a few of her gadgets nanti. At least benda yang boleh tarik perhatian dia dari sebarang ketakutan. Aku rasa semakin anak membesar, semakin dia faham dengan ketakutan & bahaya, semakin mencabar tugas kita nak handle deme. Ingat lagi masa percutian ke Bangkok last year. Selamba badak aje dia usap ular. So aku pon bajet berani budak nie macam Ibu dia...ekekke...

Masa tu dia 1 tahun 5 bulan. Sekali end of last year aku bawak dia pergi Aquaria, KLCC. Manjang pelok aku kuat-kuat taknak lepas sesaat pon. Manjang buat muka nak nangis pastu cakap takot..takot. Adehhhh...tengok belut pon dia nak nangis. Menatang pelik-pelik lagilah haru dibuatnya. Haihh....

Tapi kalau dalam buku animals dia tue, boleh kata semua animals dia dah kenal. Tapi bile tengok live, manjang takot nak nangis & berpeluk sakan melekap macam koala. Inilah antara sebab kenapa aku tak jejak kaki kat Zoo KL tu lagi. Niat di hati nak bawak dia kesana. Nak bagi hiburan ke dia. Tapi klu dah jenis takot gitu, aku takot tak jadi hiburan. Malah jadi mimpi ngeri buat dia...hukhukkk

MIL aku, makcik pakcik & kazens habi selalu cakap Naurah penakot. Naik motor pon takot. Bunyi bising kuat-kuat pon takot. Orang tak kenal or dia tak biasa pon takot. Benda pelik-pelik sikit pon dia takot. Hurmm...

Aku tak sure la penakot Naurah nie sesuatu yang negative ataupun positive. Tapi aku memang tak pernah cakap dia penakot everytime dia takot akan sesuatu. Sebab kata-kata Ibu pd anaknya tu kan makbul. Everytime orang ckp Naurah penakot, aku cuma senyum ajelah. Dalam hati Tuhan ajelah tahu betapa aku tak suka orang tu cakap macam tu pd anak aku. Aku tak pernah pon ajar dia takot pd gelap or takut-takutkan dia dengan apa pun dengan harapan dia ikot kehendak aku. Cth mcm dia nak keluar rumah, aku takotkan dia cakap nanti ade hantu datang whatsoever. Memang aku kawal mulut aku dari cakap bukan-bukan macam tu.

Kalau nak halang dia dari buat sesuatu yang bahaya, aku cakap je benda yang benar. Contohnya cakap jelah bahaya keluar rumah tu. Kalau ada penculik macam mana? Buatnya ada penculik ke ape kan? Walaupun cuma kat porch luar yang gated. Still....gate tu bukan tak boleh dibukak kan?

Tapi at the end, Naurah macam jadi penakot jugak. Maybe hasil dr pengasuh kat nursery of dari members of family in law sendiri. Aku pon tak pasti.  Atau memang dia yang cipta ketakutan tu pd diri dia sendiri. Entahlah.

Dari segi positifnya, naik motor keliling kampong tu memang aku tak suka. Bahaya. So memang elok benarlah Naurah takot naik motor. Naurah takot pada bunyi kuat disekelilingnya bermakna dia seorang budak yang peka dengan persekitarannya. Its good isn't it? Takut pada orang yang tak dikenali pun ada baiknya. Tidaklah dia senang nak ikot sape-sape aje kan? Tak takot orang pon bahaya jugak.

Sometimes we just have to see things at the other side. Aku rasalah. Aku pon tak pasti betol ke tidak aku fikir macam tu.

OK. Dari cerita excited nak pergi pulau, dah jadi cerita pasal Naurah pulak =P



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat