Beli Ape Di Sana?

Apa yang aku beli di Langkawi?

Set memasak Vision yang sekali dengan tangkai utk 3 biji cuma RM220. Aku rasa murah giler kot. Masa tu aku kena buat keputusan nak beli yang untuk pakai hari-hari cam Vision nie or beli set Conrningware or Corelle cam 1 set 19 pcs utk hidangan di waktu hari raya or time ade tetamu datang. Nak beli dua-dua sekali memang mak tak mampu la kan. So akhirnya beli Vision sebab rasa berbaloi masak hari-hari guna dia kot. So periuk belanga yang tak cantik semua dah simpan dlm kabinet. Gune 3 biji Vision yang pelbagai saiz aje skrg. Nampak lawo pulak dapo ade barangan kaca macam tu atas stove. Ker perasaan aku aje? HAHA

dari gugel aje nie..x sempat lg nk snap hok sndiri punye

Malam tadi habi rasmikan sebiji yang paling kecil buat masak megi. Har har harrr....terbaekkkk!!!

Then kami beli bekas kuih raya jenama Luminarc. Beli 4 biji =RM75. Kalo sebiji-sebiji  RM18.90. So kami beli 6 biji ajelah. Usually memang itu ajelah jumlah kuih aku beli kt rumah Salak nun. Buat ada-ada aje. Orang skrg mana nak makan kuih sangat dah. Aku pon lebih suka kalo org dtg time raya masak mee ker bagai. Juadah berat sikit la kan. Tak sedap hati nak jamu kuih raya & air semata. Hehe. Sebab beli: Naurah pecahkan set kuih raya yang MIL bagi. 1 biji dia pecahkan, 1 biji lg ibu dia pecahkan bwahahaha =B

Last but not least, beli set pisau RM65. Memule aku nak beli yang murah-murah aje. Paling murah RM23. Tapi bila belek yang lebih mahal, rasa macam alang-alang aje. Beli ajelah yang puas hati teros. Pasnie takyah beli pisau dah seumur hidop. HAHA. Sebab dia ada tempat letak pisau sekali, ada pengasah (since pengasah kt rumah dah hilang tak dapat dikesan), gunting & segala macam saiz & jenis pisau, so rasa ianya pembelian yang berbaloi. I am all happy =)

Barang paling kecik aku beli set sudu & garpu berat 12 pcs each. RM20. Khas utk digunakan di hari raya or if ada tetamu datang la. Sudu garpu yang harian pakai memang tak sesuai nak hulur kat tetamu. Huhuhu =P

Kak Ya kannn....dia nampak aku amek set pisau, dia pon soh amek dia punya sekali. Dia nampak set Vision aku macam best, dia mintak tambahan sekotak sekali. Padahal dia dah beli yang jenis lain tp takde pemegang tuh. Belom lagi set Corningware sebagai tambahan utk mak punya lagi. Pastu segala macam jenis senduk dia borong. Utk mak jugak katanya. Orang belom kawen memang tak byk beli utk diri sndiri la. Semuanya utk mak ^_^

Total perbelanjaan kami bersama di kedai Haji Ismail Group ialah RM1600. Barang aku dalam RM400 aje. Selebihnya Kak Ya punya barangan of course. Berbelanja mengikut tangga gaji masing-masing kot. Nampak sangat gaji aku suku gaji Kak Ya je kot. HUUUUU =B

Chocolate kami borong kat Idaman Suri. Well, patot beli kat Haji Ismail jugak jer. Cheaper by 1 ringgit la mostly. Tapi sebab dah sampai sana, so beli jugaklah kt sana. Total belanja chocolate utk aku menghampiri RM100 la. Utk family in law, office & sendiri makan. Maklom ler...Naurah kan antu cokelat. Syurga Naurah la masa pergi area cokelat. Pandai pulak amek seplastic besar M&M. Siap ada bakul dia sendiri. Layankan ajelah......sekali sekala ibu bagi chance ^_0

Then ade jugak berhenti tepi jalan singgah beli ikan bilis & sotong kering yang buat masak tu. Masak sambal sedap sotong tu. Makan ngn nasi lemak memang mabeles hokeh! Aku beli seplastik utk aku & 1 utk in law. Kak Ya beli 3 utk bagi mak kat Johor sane. Ikan bilis pon aku beli sebab nampak baru. Bersih aje. Beli la setengah kilo. Total perbelanjaan kami bersama RM100+. Kali nie aku pulak bayar semuanya ^_^

Kat Penang tak beli apa kecuali belacan yang mak kirim & pelbagai jenis jeruk kat Pasar Chowrasta. Betol ke aku eja tu? Huhu.Total utk perbelanjaan aku RM70.

Total perbelanjaan aku cincai kira dalam RM620 la kt Penang & Langkawi. Tidak termasuk makan lagi yer. Seb baek accomodation free aje kt rumah Kak Ya. Pastu minyak kereta Forte pon Kak Ya isi g Penang & ke jeti Kuala Perlis. Total dalam RM140 la 2 kali isi. Duit teksi dr Bayan Lepas - rumah Kak Ya = RM182. Rumah Kak Ya - Bayan Lepas = RM130. Nie pon Kak Ya tanggung. Love u sister!

Kalo takde Kak Ya, botak gaklah aku. Har har harrr =.='

Now korang tawulah kenapa aku tulis percutian paling best setakat tahun nie. Huehuehewwww =D




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat