Company Trip - Pulau Lang Tengah (Finale)

Pagi-pagi semua dah siap packing barang. Bot dijangka gerak pukul 9.00am. Sudahnya 9.45am baru geraknye. Sampai dah tak larat nak amek gambo hokeh! Ngam-ngam tak lama lepas tu camera nikon merah kong. Battery habes kohkofff. So dapatlah sikit ni aje gambar last day ^_0
Pasir pantai siryes fluffy & halus. Bersih aje. Tak kisah lansong nak bagi anak-anak main cedok pasir bagai. Lain betol dengan pasir kat Bagan Lalang. Erkkk? Hehehe. PD pon tak boleh challenge ok. Kalo pantai kat Sabah, maybe......weeee.....
Bos bahagian akaun yang depang tangan tu. Bajet Naurah paling kecik. Padahal anak bos neh lg cinonet. Keluarga yang sangat peramah & riang ria ^_^
Gambar wajib sebelum balik ke alam nyata. Hehehe. Tak ngisah ke habi aku time nie. Asal muka aku ngn Naurah dalam gambo sudah...ahaks
Habi selok panggil nama Naurah masa ni. Tapi budak tu manjang dah kiss muke ibu. Sayang ibu bangat ek? ^_^ Last-last habi snap aje. So inilah hasilnya.....
Last but not least. Mestilah gambar bertiga kan? Kenangan 2012 yang indah. Terima kasih Allah.

Kami sampai di bandar Kuala Terengganu dalam pukul 12.15tghari. Sempat la shopping sekejap kat Pasar Payang. Aku tak beli ape pon. Cuma cari kemeja T utk ayah opismate yang dikirim & dapatla beli baju tido kaftan berseluar yg comel utk Naurah. Beli serunding ayam utk family in law & keropok ikan tamban utk Naurah. Pastu utk opisamate borong kacang & asam. Percutian ni memang tak banyak belanja dah kami. Bila dah selalu pergi bercuti, macam dah tak selok nak beli itu ini. Otak dah mula dapat berfikiran dengan waras. Tak macam masa dulu-dulu. Sampai 1k lebih beli souvenir utk sedara mara kawan handai bagai. Ekekeke =P

Naik aeroplane yang ini best sebb belakang setiap seat ada tv kecik. So Naurah boleh layan kartun movie Cars. Naurah relax aje naik flight. Takde meragam ape pon. Aktif semacam lagi ade lah. Tapi tak la sampai dia nak jalan kehulu hilir dlm tu. Hihi. Masa bertolak dr KT hujan sangat lebat. Bila langgar awan, flight gegar kuat.  Aku ngan habi sampai berpandangan la jugak. Tapi Naurah relax aje tengok kartun. Wuwuwuw. Teros tak jadi nak panic. Malu ngan anak =P

Errr..for those yang rasa cam aku kurus bile tgk gambar2 kat sana, aku nak kabo yang berat badan aku maintain aje cam biase. Takde kurus mane pon. Maybe teknik pengambilan gambar aje. Atau dari cara berpakaian yang menampakkan aku mcm kurus. Amazingly kat camera kawan2 yg lain pon tak nampak sgt aku nie besor gajoh. Maybe itu petanda aku akan kurus tak lama lagi kot? HAHAHA. Dream on =B

Memang sangat terasa nyawa kita nie berada di 'tangan' Allah. Itulah perasaan yang aku paling suka bila naik flight. Thats y aku suke sgt naik flight. Hehe. We are totally depend on Allah. Tiada yang selainnya. Ianya lebih terasa berbanding naik pengangkutan yang lain. Allahu Akbar.

Maka tamatlah sudah percutian ke Pulau Lang Tengah, Terengganu. Lagi 1 minggu mahu ke Penang & Langkawi pula. Moga Allah permudah segalanya =)



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat