Di Bawah Lindungan Kaabah

For those yang melanggan Astro Super Pack 1 or Astro Box Office boleh tengok di channel 952 kalau tak silap aku. Tak pastilah filem dari negara seberang neh dah lama ker baru. Tapi dah keluar kat BO, aku pon tengok ajelah. Masa terpicit channel nie dah malam jugak. Cam dah suku cerita berjalan. Tapi follow ajelah. Tak susah nak faham eventho tak tengok dari awal.

Cerita nie berkisar pd tahun 40-an kot. Tak surelah. Tapi masa tu nak pergi menunaikan Haji masih kena naik kapal yang memakan masa berbulan lamanya. Kisah cinta sejati 2 insan. Hamid & Zainab. Hero & heroin sama padan hemsem & cantiknya. Tapi malangnya dalam filem nie kisah cinta mereka tidak kesampaian. Dipisahkan oleh darjat & ajal. Memang sedih. Aku yang keras hati nie pon boleh meleleh airmata dibuatnya. Apatah lagi korang. Ehhh??? Hehehe ^_^

Bestnya cerita nie, jalan ceritanya tak meleweh. Syok aje tengok. Takde 1 scene pon yang aku rasa tak perlu ada. Semuanya saling berkain rapat atr semua scene. Paling sedih part mak Hamid meninggal atas kereta kuda masa Hamid nak hantar ke rumah sakit. T___T

Pastu hati aku tersentuh masa Hamid menunaikan Haji. Masa tu Hamid pon cam tak sihat sangat tubuh badannya. Tapi datang kekuatan utk dia teruskan bertawaf sampailah dia meninggal masa bertawaf di pangkuan sahabat karibnya. Meninggalkan dunia di rumah Allah. Sewaktu mengerjakan ibadah yang khas kepada-Nya. Ianya sangat indah. Kematian yang sangat baik.


Bila tengok filem yang ada ciri-ciri Islamik macam nie, barulah terasa tak lagha nya manusia membuat sesebuah filem. Mesejnya cukup menyentuh perasaan. Sampai ke dasar hati. Banyak yang dapat diambil dari sebuah filem sebegini. Tema cinta tak semestinya perlu ada scene wanita berpakaian murahan & adegan berpeluk cium. Cukup dengan lirikan mata & senyuman lebar. Itu sudah cukup bermakna & menyampaikan maksud hati.

Tak rugi menonton filem ini.

p/s: menonton filem sebegini berbantalkan lengan suami adalah heaven =)




Popular Posts