Keseimbangan Pemakanan

As usual pagi-pagi kalo dengar lagu, pastinya track dari Maher Zain sajo. Memang aku request kat habi pagi-pagi kena ikot taste aku. Aku suke dengar lagu yang menenangkan jiwa. Bukan lagu ntah hape-hape dari radio. Semak otak aku dibuatnya. Time balik kerja pulak ikot taste habi. Give n take bak kata orang tu. Barulah adil dan saksama. Takde nak gadoh-gadoh ^_0

Ehh...second album MZ dah keluar. Bila habi nak burn cd track baru utk aku? Huk oloh. Huhuhu. Hampeh aje kan burn CD aje. Kate aje peminat tegar. Tapi taknak support penjualan album original. Err...aku ada niat nak beli. Nampak dah ritu tulis rege CD RM29.90 kat Speedy. Mampu aje nak beli. Tapi habi kata dia boleh burnkan aje. Kos adalah zero. Susah jugak nak buat keputusan gini =B Kalo korang jadi aku pilih yang mana? Hehehe

RM30 tu boleh buat beli diapers Naurah lagi 68 pcs kot. Maklom la skrg dah bertukar ke diaper Diapex. Sebab tukar adlh nilainya yang lebih murah dari brand Drypers, kulit Naurah tak bermasalah memakainya & design nya yang cute. Kualiti pon not bad. Bagi budak perempuan yang tak berapa kuat minum susu, memang takde masalah bab bocor whatsoever. So marilah kita beramai-ramai bertukar kpd Diapex. Hehehe. Buat iklan tak berbayar pulak kt sini. Ehh..tapi masa mula-mula beli rege kt Giant RM28 camtulah. Sekali nak beli 2nd time dah jadi RM30.90. Cepat aje naik regenya. Mesti dah ramai orang guna kot!

Alhamdulillah washing machine yang rosak lepas balik dari holiday Pulau ritu dah dibaiki. Kosnya RM140. Sokay la tu. Kalo mahal sangat bajet nak beli yang baru aje teros. Amek yang 10kg muatan teros. Yg skrg nie 6.5kg aje. Manjang overloaded. Masa beli wm tu dulu memang nak beli yang muatan besar teros. Tapi bajet tak ada. Tu yang beli dlm kemampuan aje. Tp jodoh wm tu masih dengan kami. So tak baik membazir. Pakai jelah lagi sampai dia betol-betol rosak habis. Baju bajan seminggu tak basuh dah ada 2 gunung. Habi kena settlekan sebelum percutian yang seterusnya Jumaat ini. Chaiyok habi!!! Ini bermakna tiap malam lah aku kena lipat baju. Tak suka lipat baju!!!!!!! Arghhhhhhhh....

Malam tadi aku telah melalui satu penyeksaan diri yang hebat. Habi manjang remind soh menom jus peria katak secawan tuh. Aku pulak manjang delay sampai akhirnya tak boleh nak delay dah. Habi sudah warning. Tett tettt. Lampu merah. Ehehe. Sambil bertemankan tv, aku tegok sekali gulp dengan jari menutup hidung. Huwaaaaa!!! Pahit nak mampppppp T_________T Cecepat menom air masak yang dah standby kt sebelah. Siryes memang sampai nak termuntah aku dibuatnya. Tapi aku tenangkan diri aku cecepat. Taknak la semuanya keluar balik. Tak jadi ubat dah la gitu kan?

Seksa. So pd anda semua, jagalah kesihatan dari skrg. Jgn jadi macam aku. Sampai kena paksa diri buat segala petua yang kompem semuanya tak best semata-mata utk rasa sihat. Jangan ambil mudah dgn kesihatan kita. Lebih-lebih lagi bila umur dah nak masok 30-an ni. Inilah masanya pra penyakit semua datang memunculkan dirinya. Maklom la metabolisme badan pon makin rendah. Tulang pon makin rapuh. Take note yer kawan-kawan.

Rasanya aku tak mampu nak ikot betol-betol petua minum air peria katak nie 2 kali sehari mcm saranan Mas. Aku hrp minum sebelum tido sekali sehari pon dah memadai. I feel much more better today =) Alhamdulillah.

Ahad lepas selak paper Harakah kat rumah in law. Nampak iklan produk kesihatan ttg darah tinggi. Suka dengan caption nya. Di tulis disitu penyakit drh tggi bukan sebab makan terlebih masin. Tapi sebab tak ada keseimbangan dalam makanan yang kelat, masam, pahit & pedas. Lebih kurang macam tuelah maksudnya. Yer..aku akui aku memang jarang makan ulam-ulaman. Tak suka yang tak sedap ditekak. Nak makan yang sedap-sedap aje. Bak kata mak aku lah kan. Hehe. Pedas je yang aku minat =P

So sikalang.....terimalah yang masam-masam, pahit-pahit wahai tekak.......masa utk mencari semula keseimbangan dalam pemakanan. Redha dalam terpaksa ^_0




Popular Posts