Life At Kampong - Day 1

Alhamdulillah entry hari nie bersiaran dari rumah my parents =) Naurah sedang nyenyak tido while habi baru bangun tido sambong ngadap tv pulak. Time si kecik tu tido, dapatlah aku ngadap tenet kejap. Dia dh bangun nanti jgn harapppp okeh. Manjang nak berkepit dengan ibu yang super best bagi dia neh. Layanzzzzz.....

Cuaca kat sini panas & kering, Angin takde. Now dah mendung tp masih berbahang. Rasa melekit seluruh badan. Lepas mandi pon rase cam nk mandi jer lagi.

Aktiviti pd hari nie adalah gaya bebas. Yang dah balik cuma aku, Kak Ya, Hirraz & Anje. Abd Eddy tak sampai lagi. Yang keje sbg cikgu rasanya mmg x balik lar psl sekolah tak tutup on Monday. So mmg sah takkan dapat berkumpul semua siblings. Takpelah. Yang ada ni pon dah cukup baek. At least Naurah terjaga sikit pasal kawan dia nanti cuma Ayan anak Abg Eddy aje. Deme kalo kawan 2 mmg takde masalah. Baik aje =) But if anak2 Kak Lin ade, huhuhuhu...mmg selalu la menangis si Naurah kena buli. Kesian.

Paling best kalo balik kampong nie bile dpt berehat sepuasnya. Syok sesangat. Fikiran & hati tenang. Takde nak fikir apa. Sembang-sembang, gelak-gelak, masak-masak. Menghabiskan masa dengan begitu santai. I like. Syukur jugak setakat ke hari ini, ikatan kekeluargaan sesama kami memang harmoni. Semua orang pon okay. Semuanya baik-baik. Alhamdulillah.

Harap keadaan macam nie kekal sampai bila-bila. Tak suka kalo ada 'drama' dlm keluarga kami neh. Nanti nak balik kampong pon jadi macam tak best. Kannn?

Oklah. Taktau nak merapu apa sebenarnya. Kalo boring sgt, ingat nak ajak semua orang have dinner kat luar ramai-ramai. Cam best aje kan? ^_^




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat