Memang Ada Bakat

Ade citer lagi.....hehehe. Ala...K.Ya wariskan aku henpon lama dia Samsung Star Wifi. Touch skrin dia beli end of 2009 dulu. Bajet takde sape nak dah katanya. Ade jugak orang nak pakai henpon outdated katanya. Hahahaha. Aku la tu kan? Ate aku mmg tak minat sgt gadget canggih manggih nie kan? At least yang ini better la dr c3 tu. Nampok la lawo sket rupa bentuknya. Touch skrin skrg pon mmg zamannya larr. Klu rase tak sesuai dgn jiwa, blh je switch balik to c3. Takde hal =P

Malam tadi kan, aku sakit perot taw. Since habi sebok kemas rumah, aku ngadu kat Naurah.

" Naurah, ibu sakit perot laaa..."

" Sakit perot ker ibu? tanya Naurah."

" Ha'ah. Naurah tolong letakkan ubat ehh!"

" Ubat? Mane ubatnya? Ibu ambik kan!"

So aku pon gigih la bangun dari pembaringan & jumpe balm kanak-kanak dlm laci. Boleh jelah. Asal berangin sikit perot aku neh.

" Bak sini ibu ubat tu. Naurah sapukan yer. Ibu sakit kat mana?" sambil dia menyelak baju kelawar aku mendedahkan perot yang penuh dengan stretch marks itu. Kebanggaan ibu taw tanda tu ^_^

" Kat sini sakitnya".

Naurah pon sapu secalit demi secalit kat perot aku. Rasa nak tergelak pon ada. Dah sudah, dia tutup balm & letak atas kepala katil.

5 minutes after that...

" Ibu sakit perot lagi tak? tiba-tiba Naurah bertanya.."

Dalam otak aku fikir. Bagus betol budak nie. Boleh follow up balik lepas bagi ubat. Ok. Kalau tak jadi doktor, nurse pon boleh budak nie. Hehehe.

" Sakit sikit-sikiy aje."

" Nak ubat lagi tak ibu?" dia tanya lagi..

" Hurm...boleh la Naurah". 

Dia pon sapu lagi macam tadi.

5 minutes later....

" Ibu sakit lagi tak?"

"Tak. Ibu nak sleep dulu eh. Naurah pon sleep jugak lah."

" Ibu nak sleep? Ohhh. Ok."

Dia tak kaco aku lagi dah lepas tue. Aku pon dah tertido dalam senyuman =)

Terima kasih sebab jadi doktor ibu malam tadi Naurah. You're such a bright girl.





 


Popular Posts