My 1st Normal BP


Refreshing. Tengok gambar pon dah rasa cam pergi holiday. Hehehe. Bilalah agaknya nak jejak kaki kat sana lagi yerk?

Hari nie Kak Ina bawak BP monitor ke opis. After breakfast aku pon saje lah check BP. Cam tak caye aje reading 141/84 o___O 

Sebelum nie tak pernah dapat pon bawah tu 90. Adakah sebab jus peria katak yang aku gogok malam tadi? Power tak power la pahit jus tu kan? Huhuhu. Berbaloi kot penyeksaan meminumnya kalo boleh jadi sihat sikit gini. Walaupon tak 100%, tapi at least aku boleh buat keje ngadap pc macam biasa. Takdelah masalah tak lalu nak buat apa-apa macam selalu. Happy sangat rasanya =)

Rasanya kena amalkan lah minum jus nie tiap malam sebelum tido. Tak pastilah sampai bila. Tapi molek la dlm seminggu dua nie amalkan. Huu..larat ke aku? Orang kata kalo amalkan memang ok la BP tu. Tapi bila stop, tak lama nanti dia datang balik. Tak kisahlah macam tu pon. Asalkan life aku boleh jadi normal macam biasa dgn minum jus nie & paling penting sekali tak perlu makan ubat moden seumur hidup. InsyaAllah.

Popular Posts