Semuanya Atas Izin Allah

Sayu pulak hati tengok gambar blogger gathering pertama tahun 2012 kt Taman Tasik Shah Alam weekend yang lepas. Yelah....takde pon muke aku & Naurah kat situ. Mane tak sedih kan? T__T

Aku mintak maaf pd semua sebab tak dapat tunaikan janji nak datang. Sebab utama pastilah berkaitan dengan kesihatan aku skrg. Niat memang kuat nak pergi, tapi badan kata tak mampu. So memang berehat ajelah kat rumah tak kemana. Paling kuat cabot rumput aje kat yard belakang rumah. Sekadar nak mengisi masa lapang kebuhsanan. Last-last ikot jugak nasihat Ann huhuhu =P

Aku harap blogger friends sekalian faham kenapa aku tak datang pd hari kejadian. Doc pon memang suruh banyakkan berehat aje jangan aktif sangat. Nak bagi blood pressure nie normal balik. So, dalam masa terdekat nie memang bab kesihatan ajelah yang berada dalam kamus hidup aku. Camne nak dapatkan balik life yang normal & sihat. InsyaAllah akan terus berusaha ke arah itu.

Antara langkah yang aku dah ambil skrg ialah mencuba pelbagai petua yang disarankan oleh kengkawan yang prihatin. Thanks to Na, Azriyani Mas & gugel. Dari Na aje dapat 2 petua. Dari Mas dapat 1. Dari gugel lagilah tak terkira banyaknya. 

Juice extractor pon dah beli. Senang nak buat pelbagai petua. Setakat nie dah try petua apple hijau+carrot+batang seleri punya jus. Rasanya not bad. Boleh diterima tekak lagi. Petua dari Mas, jus peria katak dah buat. Tapi belom menom. Hehehe. Yang itu kena kumpul kekuatan dulu. InsyaAllah petang nie boleh start minum. Plus kena tambah stok peria katak sebab beli yang hari tu dapat separuh mug aje bila dibuat jus. Sabo ajelah huhuhu...

Ini pun aku baru aje balik dr klinik panel. BP masih tinggi but slightly ok la 135/98. Bawah tu memang takbleh turun jugak. Memang tak pernah dapat 90 below. Itulah punca masalahnya skrg neh. 3 kali cucuk jugak baru darah keluar. Doc bilang darah aku terlalu pekat. Memang penyakit ler tu. Abah aku pas buat bypass surgery 2 years back memang kena makan Warfarin (ubat cair darah). Ubt cair darah nie kena makan sebab takot darah Abah terlalu pekat sampai boleh blocked saluran darah. So darah pekat memang tak bagos ler senang cakap. Dan itulah masalah yg aku alami skrg nampaknya.

Maklom ler darah tggi nie memang adik beradik dgn sakit jantung. Kira sakit yg aku alami skrg neh mcm pra to welcome to sakit jantung. Banyak tak eloknya ada drh tggi ni. Belom lagi kes kena stroke or angin ahmar. Ngeri hokeh bila teringat penyakit2 tu semua. Tak sangka aku pon dah nak mengikut jejak langkah parents aku. Nak mencecah umur 30-an, dapat hadiah penyakit pulak yerp?Huuuuu.....

Punca aku alami masalah nie ada pelbagai faktor. Not just dari pemakanan yang tak sihat. Faktor keturunan pon iyer. Faktor stress pon iyer. Faktor gemok pon iyer. Senang kata banyak punca lah.

Walau ape pon, aku tetap berpegang teguh pd segala yang berlaku atas diri kita, tetap atas keizinan Allah jua. Orang yang pergi gym hari-hari & vegetarian pon boleh kena darah tinggi. Tak perlu nak persoal banyak. Just deal with the situation & berdoa spy diberikan kesihatan oleh Allah. Itu sajelah.

Chaiyokkk Sharena!!!! ^_^





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat