Tak Semua Orang Suka Kita. Kita Pon Tak Suka Semua Orang. Kan?

OK. Semalam kan....aku jadi busy body. He he he ^_^

Nampak macam ade perubahan pada bentuk badan opismate habi, Kak Wahida. So interkom dia & tanya is she pregnant? Seb baek ramalanku benar belaka. Kalo tak mau sentap itu olang. Cam aku sentap la kalo orang tanya, are u expecting? Huuuuuu....

Kak Wahida kata dah 5 bulan kandungannya. Orang kurus bila preggy 5 bulan pon badan tak naik mana. So memang susah nak tawu preggy or not. Due date pula dalam bulan 9. Bulan kelahiran aku tue. In fact bulan kelahiran most of my siblings. 4 out of 7 lahir bulan 9. Habi pon bulan 9. Eventho kami berlainan tahun, tapi nombor kat depan tu ada kesinambungan. Habi 4/9 & aku 24/9. Cantek aje kan? Senang celebrate makan sekali aje. Jimat. Kohhkofff =P

Errmm....nak citer ke tidak yer. Menyampah pulak kalo fikir kang kalo tulis orang kata aku show off manjang. Show off pergi holiday sana sini. Show off beli itu beli ini. Lagak macam orang kaya kunun. Padahal kerja poyo-poyo aje. Piiiirahhhhhhh!! Maybe itu la sesetengah orang yang suke berfikiran negatif berfikir tentang aku.

Tapi aku teringat kat blog blogger femes Hanis Zalikha ada tulis

"You cannot make everybody like you, you don't even like everybody"

Very nice kan? So asal kita tahu diri kita macam mana. And most of the comments from blogger friends majoritinya positive, I think there is nothing wrong with me. I may not like by everybody, but I know I'm okay. I'm not that bad. Tidaklah sampai tidak disukai ramai lansong ^_0 

Most of my readers are brilliant. Most of my readers are smart. Most of my readers are positive thinking. Ada 1 or 2 yang negative tue perkara biasalah. Dalam banyak-banyak buah yang elok, pastinya ada juga yang berulat ye dop? Takkan sebab ada buah yang rosak, kita lansong taknak tanam pokok?

So janganlah berhenti buat apa yang kita suka lakukan hanya kerana ada segelintir manusia yang tidak suka. Kita ikot majoriti hokeh! Kalo majoriti ramai yang tidak suka, better private ajelah blog kite tu. Baca utk kepuasan diri sendiri aje. Tak semak otak baca komen-komen negatif orang kot. He he he =B

Ok. Sebenarnya aku nak cerita tentang duit bonus aku bulan lepas. Sebab tahun nie tak banyak wishlist barang-barang yang nak dibeli. Senang kata banyak kehendak dah berjaya dipenuhi melalui bonus tahun-tahun sebelumnya lah. So...tengok duit banyak je lagi dalam akaun maybank. Banyak bagi aku lah. Kalo orang lain ciput aje kot. Huhu. Tak senang hati tengok sbb takot habis dibelanjakan begitu saje. 

Akhirnya telah ikut nasihat Na & Zuris supaya beli emas. Emas perhiasan aje. Melengkapkan aksesori seorang wanita la kunun-kununnya. Buwekkk! Sebelum nie ada cincin 2 bentuk & 1 bracelet aje. Itu pon sebab nak kawen dulu beli. Zaman muda-muda dulu tak minat pakai barang kemas. Padahal orang beli emas tu bukan sebab nak pakai aje. Sesak-sesak nak pakai duit boleh gadai kat bank. Part of investment jugak kan? Well...muda-muda dulu jahil sangat. So, memang takdolah beli emas bagai neh.

Petang semalam pas balik keje zass ke kedai emas kat pekan Salak tu. Siryes rambang mata tengok design lawo-lawo o__O Jakun pasal tak pernah beli emas pakai duit sendiri. Kesian aku. Kahkahhh. Tapi orang tak cerewet macam aku nie 15 minit aje dah cukop utk membeli rantai, loket & sebentuk cincin. Alhamdulillah. Hajat dihati sudah terlaksana dengan sokongan habi la jugak. Love u dear.

Budak jual emas tu pon pandai. Dah tunjuk loket yang aku berkenan, dia kata ada cincin dengan bentuk yang sama. Bila acu try pakai semua sekali, manalah hati aku tak tertawan kan? Cam 1 set gitu. Alahaiii.....lemahnya iman aku pd harta dunia =.=" Bile tengok total, aku pon gulppp!. Telan air liuq la jugak. Tapi hati dah tertawan. Macam mana nie? Terus pandang habi buat muka kesian.

Ok tak bang? Lawa tak bang? Cantek kan? Huuuuu....ayat-ayat poyo aku. Siap tanya kat Naurah ' cantik tak Naurah?'. Takde jawapan. Cisss. Sabo jelah aku masa tu. Huhuhu. Dlm kereta pandai pulak kata cantik tengok cincin baru kat jari ibu. Ko saje aje kan Naurah taknak tolong ibu kt kedai emas tadi =.="

Bila habi ajak pergi maybank kat sebelah sana, laju aje aku bangun dari kerusi. Keluar duit, zass pegi kedai bayar & kedai pon tutup. Kedai emas tutup pukul 7.00petang. Aku keluar rumah pukul 6.35pm nak pergi ke kedai tu. Sekejap aje kan urusniaganya? Untung habi dapat bini tak pandai shopping & banyak songeh cam aku neh. Kehkehh =P

So itulah kisahnya. Balance duit dlm maybank masih okay. Boleh lagi buat simpan kat Tabung Haji. Boleh lagi utk dibuat belanja ke KK next month. Boleh lagi beli emas dinar 999 1gram RM204 sekarang. Errrkkk??? He he he....

Gaji akhir bulan nie pon ada lagi.....wowww o___O Alhamdulillah =)

Thank you for happy for me. Menjelang 30 tahun, sudah ada yang pahit dan yang manis. Yang pahit pastinya bab kesihatan yang sedikit tercalar. Takpe. I'm working on that now. Yang manis pula dari segi kewangan sudah semakin stabil. Mungkin semuanya hint supaya menambah anak dalam masa yang tedekat kot =P 

InsyaAllah ^_^

Ape tak puas hati? Sini ah lawan! Kehkehkehh



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat