Tentang Header

Header blog aku sekarang menjadi topik yang best juga tak best. Yang bestnya ramai kata best aje tengok muke Naurah tido aman & nyaman gitu. Aku sendiri pon rasa best tengok ekspressi muka dia time nih. Tu yang gigih crop gambar, letak quote poyo yang terlintas difikiran & resize the picture. Ehh...juga buat editing sikit kat lemak bawah dagu aku tu. WAKAKAKA. Retouch la balik supaya tak nampak huduh sangat ibu beranak 1 nie =P

By the way yg snap picture adalah Anje. Dalam teksi on the way ke Penang Airport nak ke LCCT.

Topik yang tak bestnya tentang header baru nie pasal anon la yang selalu sangat mengganggu kedamaian blog aku skrg neh sampai aku decided utk tukar setting kat bahagian komen tuh. Takde lagi dah anonymous or OpenID boleh komen kat sini. Orang yang ada google account je boleh komen kot. Ehh entah. HAHAHA. Aku lupe larr. Tapi aku amek setting yang ke-3.

Sebabnya aku tak pasti maksud OpenID. Aku bajet OpenID nie sesiapa pon boleh komen cuma dia kena tulis namanya instead of guna anonymous. Ala, nama samaran pon boleh gitu cam Mira Edora poyo yang komen ntah hape-hape kat blog aku lately. So, better guna setting no.3 la kot. Siapa lebih bijak pandai dalam hal ini sila kabo ke aku guane. Thanks in advance.

Ehh..anon komen gambo header aku tu tentang diri aku lar. Dia kata cam aku preggy 8 bulan kot. Memang pelik sebab perot aku tak nampak pon dlm gambo tu. Guane dia boleh komen gitu kan? Korang pelik tak? So senang kata saje nak sakitkan hati aku ajelah tu. Takde keje punye olang. Bikin dosa kering aje. Huh.

So thanks pd yang suka dengan header  & quote yang poyo tue. Pada yang tak suka, pegi masok blog lain. Tak payah nak susah-susahkan diri masok sini. Takde sape marah kalo tak masok sini pon =P

Thats all for now. Tomorrow is Friday. Bestnya. Can't wait to be at my hometown ^_^

p/s: aku masih berhutang n3 holiday kat Penang & Langkawi. gambar masih tak dapat semua. thats y lah T_T manjang lupe bwk cable transfer. ker aku skip je update psl holiday tu? mcm dah malas nak cerita hehehe....

Naurah dalam cubaan utk teleport terus ke Pulau Langkawi meninggalkan ibu & ibu-ibu saudaranya. HEHEHEH ^_^ this is at jeti Kuala Perlis yer =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat