Twitter & Sickness

Yeah yeahhh...akhirnya bukak jugak akaun twitter. Saje nak tengok ape yang best sangat kat sane tuh. Okay jugaklah rupanya. Boleh jer nak menceceh apa yang terlintas di fikiran sepanjang hari berkerja neh. Not bad. Asal jangan sampai aku ralit sangat sudah. Kena take note neh ^_^

Malam tadi kann...aku terjaga around pukul 1 pagi gitulah. Tekak rasa perit giler. Kering. Sah! Flu. Start from Naurah, habi & now me. Sebenarnya dah beberapa minggu kipas syiling kat atas tu rosak. So ber aircond lah kami anak beranak dari pukul 10pm sampai ke 6.30am. Lebih-lebih pulak cuaca skrg nie agak panas kan. Hujan pon wap panas naik. So makin panas jadinya huksss.

So senang kata kami bertiga nie tak tahan la pakai aircond sepanjang malam sampai ke pagi. Bikin flu & batuk-batuk. Usually kalau kipas tak rosak, dalam 4-5 hours tu je bukak a/c. Bilik dah sejuk, bukak la kipas pulak. Sokay jer macam tu selama-lama nie. Tapi sejak kipas rosak......hurmm..sampai bawak penyakit pulak pd kami sejuk a/c tue.

Dah la kat opis pon a/c spjg hari. Malam sampai ke pagi lagi. Mana la penyakit tak singgah kan? T__T

Tak tawulah bila habi nak bagi perbetul kipas tue. Kami pon manjang bz aje sepanjang weekend. Takde masa lansung nak bagi perbetul. Kalo tutup a/c, panas lah pulak. Haihh..serba salah dibuatnyer.....

Anyway lepas terjaga tu, aku turun la bawah cari panadol. Takot melarat sampai demam pulak. Prevent is always better than cure. Cari punya cari tak jumpa. Duduk atas katil, terpaksa la kejut habi tanya dia tawu tak panadol kt mane. Dia kata tak tahu. Aku ckp la aku dah cari tp x jumpe. Aku ckp takpelah gitu. Esok aje beli ubat & makan.

Tapi habi bangun lar pulak. Dia turun bawah & 5 minutes later bwk sepapan panadol & segelas air putih. Terharu aje rasa masa tu. Padahal rasa bersalah da sbb terpaksa kejut dia tanya. Tak suruh pon dia bangun pegi carikkan panadol tu. Tapi dia terus pulak bangun cari & jumpa pulak tu. Tempat dia jumpa ubat tu kat tempat aku cari jer tp x jumpe. Poyo betol aku neh =.=".

Maybe habi pon taknak aku demam kot. Aku nie boleh dikatakan jarang jugak demam. Tp kalo dah demam.......memang teruk lah selalunya. So memang kena prevent cepat-cepat lar dr aku kena demam neh.

Thanks habi for caring for me. You are such a wonderful husband indeed.

So hari nie flu ajelah yang masih bersisa. Takpelah....kiffarah dr Allah =)




Popular Posts