2 Tahun 3 Bulan (27 Months)

Hari nie genap usia Naurah 2 tahun 3 bulan. Dah lama sangat rasanya aku takde buat special entry tentang umur budak kecik nie. Dulu masa masih baby rajin giler update dah pandai apa semua. Tp bila dah start pandai berlari & bercakap macam-macam, rasa macam tak kuasa dah nak update selalu. Rasa macam dah pandai semuanya. Tak perlu nak update selalu kot hihi...cakap ajelah aku malas sbnrnya kan? =P

So utk n3 nie, aku pon tak tawu nak tulis apa tentang Naurah tue. Senang kata dia memang dah cukup besar pd mata aku utk dapat adik baby. Wuhuhu. Kesimpulan yang paling senang sekali nak buat.

Dari segi perkembangan otak & akhlak dia, aku puas hati jugaklah. Memikirkan aku tak boleh cerewet sangat pasal aku tak jaga dia 24 jam. So mana yang nakal or mengada-ngada lebih tu abaikan ajelah. Mana mungkin ada manusia yg serba perfect walaupun dia cuma seorang kanak-kanak kan?

Tahun depan, InsyaAllah aku nak tukar taska utk Naurah. Nak hantar kat taska yang dekat dgn rumah aje. 2 minit berjalan dah sampai. Hehe. Aku suka tengok taska tu sebab dia islamic sket. Ada baju seragam semua pastu klu aku cuti on weekdays, selalu dengar budak-budak kat taska tu baca doa kuat-kuat ramai-ramai. Taska owner aku pernah nampak & merupakan seorang wanita separuh abad yang bertudung labuh. Nampak jernih air mukanya. Sejuk rasa hati nak hantar anak belajar kt sana =)

Jiran-jiran sederet rumah aku pon ramai yang hantar anak deme kat taska tu. So bolehlah Naurah kenal-kenal sama diorang semua & buat kawan. Aku rasa nak tukar taska nanti nie ada cabaran jugak yg menanti. Ianya takkan jadi semudah yang disangkakan. Aku hrp dapat sabar dgn karenah Naurah tu nanti & hrp sangat dia suka belajar kat situ. InsyaAllah 

Happy 27 months Naurah! ^___^

p/s: balik2 gambo dia pakai baju nie, seluar nie...wakakaka...xde gambar baru maaaa ^___0






Popular Posts