Ayah, Nak Baby Boy!

Pagi tadi sebelum Naurah mandi, sempat aku berguling dgn dia walhal jubah hitam dah tersarung dibadan. Gasak ahh. Renyuk sikit takpe asal Naurah dapat rasakan yg aku sayang pd dia =)

Dalam pd dok guling-guling tu, aku pon tanya Naurah.

" Naurah nak adik baby boy ker baby girl? "

Naurah senyum. Pastu dia jawab ringkas " baby girl ".

Alorrrr.....hehehe. Naurah taknak baby boy ker?

" Emm....nak baby boy jugak! "

Ecehhh. Dengar dia cakap macam tu baru nak tersenyum lebar muka aku. Poyo. Haha. Tak lama lepas tu habi pon masok baru lepas mandi kat bilik mandi lagi 1. Out of nowhere tiba-tiba Naurah cakap kat habi...

" Ayah, Naurah nak baby boy! "

O__o Siryes aku tak ajor pon soh dia cakap gitu kat habi. Habi senyum sumbing dulu sebelum menjawab...

" Naurah nak baby boy ker? Yerlahh....."

Pastu habi pandang aku senyum kamben pulak. Ahh...kompem habi bajet aku yg suruh Naurah cakap macam tu. Cessss. Bila aku ckp aku takde ajor pon, habi senyum sinis aje =___=" Sabo Sharena! Hati kecilku berkata-kata huhuhu

Pandai jugak Naurah mintak nak baby boy kat habi kan? Sudah fahamkah dia bahawasanya yang menentukan jantina baby adalah sperma dari lelaki? Dahsyat. Hahaha ^___0



p/s: masa utk kerja keras sudah tamat. skrg mari sama-sama kita tunggu akan hasilnya. berjayakah? jengjengjenggggg =B




Popular Posts