Carilah Keindahan Itu

Tak lama lagi dalam bulan nie, akan genap usia perkahwinan aku & habi for 3 years. Masih muda lagi usianya. Dalam tempoh nie pon masih lagi belajar tentang diri masing-masing. Maklum ajelah kitorg kenal sebelum kawen bukannya lama mana. Masa tu memang aku nekad aje nak cepat-cepat tamatkan zaman single yang tak bape nak best tuh. Cukuplah hampir 4 tahun berkapel bergelumang dengan dosa tuh dulu. Tak sanggup dah aku nak buat macam tu sekali lagi yang akhirnya tak dapat setitik kebaikan pun. Kalau buat lagi memang bodoh namanya.

Eventho masa tu perasaan cinta kat habi tidaklah sekuat mana. Tapi dek kerana tak nak mengulangi kesilapan yang lampau, aku beranikan diri membuat keputusan yang besar dlm hidup aku. Bila aku rasa yakin jer yang habi boleh jadi suami & ayah yang baik, malas nak fikir banyak dah. Bila jumpa parents habi pon rasa memang boleh masuk, lagi lah aku ON aje. Haha. Bila aku ON, habi pon lagi lah ON, semuanya berjalan dengan pantas & tuntas. Benda yang baik kalau kita bersungguh nak buat memang senang aje. Allah pemudah semuanya. Alhamdulillah.

Kesilapan yang lampau tu, memang lah kalau diberi peluang nak ubah, rasa nak buat aje. Tapi kalau dengan kesilapan tu boleh menjadikan aku seperti hari ini, rasanya tak perlu kot nak ubah apa-apa. Aku nie kalau tak terjatuh, tak terngadah agaknye. So bila dah terkena, banyak la perspektif sudut pandangan aku berubah. Tak sama macam sebelum terjatuh tu.

Itulah yang dinamakan belajar dari kesilapan kot kan? Kalau tak belajar tu yang payah. Sokmo mengulangi kesilapan yg sama berulang kali. Seb baek aku sekali aje dah sedar diri. Kalo tak, tak kawen lagi kot sekarang nie kan? Rugi aje dah umur 30-an gini takde suami & anak lagi. Huhu

Kalau dulu aku take it in negative way, cth cam tak percaya dah pd lelaki, mesti rugi jadinya kan? Masa tu kan, mula-mula tu memang parah betol keadaan aku. Ceh..mengimbas kenangan lama pulak. Hihi. Awal-awal tu bodoh lagi. Tak sedar diri lagi yang hidup ni kena bersandarkan pd Allah bukan pd manusia. Lama-lama tu barulah kesedaran menghempap diri. So lalui jelah hidup nie dengan berani & bersemangat.

Mendung yang Allah bagi tu tak lama mana. Bila aku dah balik ke pangkal jalan dalam 2 bulan gitu, dah dapat menerima kenyataan, dah memperbaiki gaya hidup, akhirnya matahari tu pun muncul. Habi lah mataharinya ^_^ Sampai sekarang dia masih lagi jadi matahari utk aku. Memang dialah suami yang terbaik utk aku. Yang banyak melengkapi kekurangan diri aku yang maha banyak ni. Hehehe.

Masa mula-mula diberi dugaan, mesti semua orang pon tak suka dengan apa yang menimpa tu kan? Termasuklah aku dulu. Rasa macam takde ape yang baik pon dr dugaan nie. Takde hikmah lansong! Itulah fikiran orang yang kurang iman di dada seperti aku. Tp lama kelamaan, barulah nampak kebaikannya. Memang Allah tak pernah saja-saja nak susahkan hamba-Nya. Dia lah yang tolong kita kembali ke jalan yang lurus. Sebab itulah yang kita minta pd Dia saban hari dalam bacaan Al Fatihah tu. " tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus ".

Nak dapat kebahagiaan tu bukannya mudah. Pasti ada onak durinya. Then barulah kebahagiaan tu terasa lebih bermakna & kita pun akan lebih menghargainya. Oleh itu hargailah suami anda atau pasangan anda. Setaksempurnanya dia pd mata kita, kita juga tak sempurna juga pd mata dia. Terimalah kekurangan & kebaikan dia seadanya. Dia juga menerima kebaikan & kekurangan kita seadanya juga.

Bukan senang nak sentiasa rasa sayang & cinta pd suami bila tersakit hati dengan segala kekurangan dia tuh. Apa yang aku amalkan utk habi bukanlah rahsia. Tapi maybe kerana amalan itulah yang bisa membuatkan kami semakin sayang pd 1 sama lain. Makin lama, makin sayang. Itulah yang kitorg sama-sama rasakan. Benda yang kadang nampak kecik tp sebenarnya mungkin memberi impak yang besar. Jangan pandang enteng pada kuasa berpegangan tangan & berpelukan selepas bangun tidur. Tolong jangan berpisah tidur dgn suami kerana anak-anak. Pikullah segala best & tak best tu bersama. Susah senang biar bersama. Yeahhh!!

Jangan cepat mengeluh bila kita rasa suami tu tak romantik. Biarkan dia tak romantik. Kita ajelah yang jadi romantik. Ape susah? Hehehe. Siryes habi pon bukannya romantik. Tapi aku selalu aje usik-usik dia. Lama-lama dia pulak manjang menyakat aku. Sabokan ajelah. Tp gurau senda nie memang bagos taw. Bila gelak sama-sama tu, pandang muka masing-masing rasa sayang sangat gitu. Sukaaaaa....

Nampaknya anak 1 nie masih boleh lagi buat benda-benda macam nie. Harapnya anak 2-3 sok pon masih boleh lagi. Utk kerukunan r/tangga. InsyaAllah. Bila kita rasa r/tangga terasa hambar. Jangan berlengah lama. Cepatlah cari solusinya. Work something out. Jangan dibiarkan berlanjutan. Bahaya. Jom sama-sama semarakkan rasa cinta pd suami. Banyak cara yang mudah. Believe me! ^_^

Cth 1: tak semena-mena cubalah kiss pipi suami anda. mesti dia terkejut. dia akan senyum atau ketawa. kalau sayang, tunjukkan & ucapkan. tak perlu malu-malu. hehehe =P

Cth 2: panggil suami anda. bila dia datang, give him a hug. mesti dia terpinga-pinga. hah? itu aje. yup. itu aje. tetibe rasa nak peluk. hehehe lagi =P

Sape sini pernah try angkat/dukung suami dia? Angkat tangan! Haihh..takkan aku je kot. Bwahahaha. Kelakar okeh =B

Maybe suami kadang ckp kita entah hape-hape whatsoever, tapi hati dia suka sebenarnya. Dalam hati dia terus ada taman & rama-rama teros...HAHAHA

Ikatan perkahwinan adalah ikatan yang diberkati Allah. Ianya juga merupakan salah satu sunnah Nabi SAW. Sepatutnya ia menjadi ikatan perhubungan yang indah. Carilah keindahan itu....


p/s: dulu aku bukan orang yang pandai menghargai sesuatu/seseorang....





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat