Cerita Hari Ini

Dalam pukul 10 nanti Sultan Selangor akan datang ke opis neh. So kenalah line up buat aksi menyembah ampun tuanku for all the staff. Lepas aje Sultan masok boardroom, semua staf kena bergegas ke Bangunan MK kat NeoCyber utk mendengar speech dr Sultan, Tan Sri whatsoever. Itulah antara itinerary aku utk pagi nie.

Tak suka sebenarnya being part of majlis protokol gini. Tapi dah takde aroh lar pasal nama pon staf. Kenalah support apa-apa pon event company & subsidiary yang lain. Layankan ajelah.

Habi best ahh boleh escape majlis-majlis macam nie. Company diorang asal ada wakil 2-3 kerat tu dah cukop baik larr. Special sket deme tuh. Big boss deme pon sempoi aje. Ahhh...mmg jeles sokmo aku bile masok bab nie huhu.

Akhir tahun nie genap 7 tahun aku kerja kat sini. Boleh tahan lama jugak tu kan? Masa masuk dulu umur aku 24 kot kan? Muda...muda......hehehe....

Bila agaknya aku nak cuba kerja kat tempat lain ek? Takde offer yg best lagi lar. Payoh betol. Aku mengharapkan keje yg mencari aku. Boleh gitu? Hahaha. Entah lah yer. Rasa macam dah selesa kerja kat sini. Keadaan tidak mendesak utk aku tukar kerja lain. Gaji masih lagi cukup. Bos garong tu aku malas nak amek port dah. Lama-lama jadi lali. Lantak pi lah dia nak meroyan guane pong. Balik keje aku takde pon nak stress pk psl dia ker keje ker. So semuanya okay2 aje skrg nie.

Aku mmg bukan orang yg bercita-cita tinggi. Pd aku asal gaji cukup, kerja tak membebankan dah cukop baik lar. Dapat dah hidup sederhana & bahagia kat dunia nie. Apa lagi yang nak dikejarkan? Manusia nie takkan pernah puas dgn apa pun kalau dikejarkan sgt sesuatu tue. Aku happy krn puas dgn keadaan aku skrg & moga aku terus tenang begini menjalani hidup bersama suami & anak tercinta......

p/s: yang selalu buat aku tak tenang ialah bila fikir tentang kehidupan kekal abadi kat akhirat sok. Sangat merunsingkan T__T




Popular Posts