Happy 3rd Anniversary To Us

Today is the day ^____^

Seronok sebenarnya mengira ulangtahun perkahwinan neh. Semakin lama, semakin teruja. Semakin meningkat nombornya, semakin bersyukur. Tak sama macam mengira nombor ulangtahun kelahiran. Makin naik, makin gerun. Hahaha ^___0

It has been a 3 wonderful years for us. Thank you Allah for making it happen. You gave me such a loving & caring husband which I cannot asked for anyone better than him. We truly are made for each other. He completes me & I completes him. 

Hidup berumahtangga sememangnya sangat indah. Apatah lagi bila dikurniakan zuriat yang sihat & sempurna. Naurah Zayanie, our beloved & adorable daughter. Terima kasih Allah kerana mengurniakan kami anak yang bijak & baik. Doa ibu & ayah sentiasa akan mengiringi setiap langkah awak, Naurah. Kami serahkan keselamatan & kebahagiaan diri awak pd Allah, Tuhan yang menciptakan kita. Kami yakin Allah itu Maha Mendengar & sentiasa mengabulkan doa orang yang memohon kepada-Nya.

3 years. Mungkin masih muda lagi usia perkahwinan kami. Namun kebahagiaan sesebuah perkahwinan bukanlah diukur dengan usianya. Tidak sama sekali. Pada aku, kunci sebuah rumahtangga yang bahagia ialah sikap tolak ansur, selalu melakukan perbincangan dalam apa jua hal yang melibatkan rumahtangga & gurau senda. Ohh...part gurau senda tu paling penting bagi aku dalam menceriakan rumahtangga. Kalau takde yg itu, memang rasa boring & hambar sangat-sangat.

Jangan tunggu keadaaan dlm rumah kita menjadi tidak ceria. Sentiasalah memupuk keceriaan dgn gelak ketawa suami & anak-anak. Barulah jadi rumahku syurgaku =)

Jangan mengharapkan pasangan kita utk berubah. Kitalah yang harus berubah utk kerukunan rumahtangga. Semuanya bermula pada diri kita sendiri. Setiap manusia ada kekurangannya. Isilah kekurangan itu dengan kelebihan diri kita yang lain.

Ehh..banyak sangat tips rumahtangga. Macam kaunselor perkahwinan lah pulak. Hahaha. Mana yang baik, jadikan lah contoh. Yang tak baik tu buang jaoh-jaoh hokeh! =P

Ya Allah, eratkanlah kasih sayang diantara kami suami isteri. Kurniakan kami rezeki yang mencukupi. Permudahkanlah bagi kami & lindungi lah keluarga kami dari bala bencana. Berikanlah petunjuk pada kami spt Engkau berikan petunjuk pada orang-orang yang beriman. Amin.

 I hope for a more wonderful years to come for us. InsyaAllah.


I wish to be a better wife for you my husband. I will always love you for who you are. You don't have to change for me, I will change for you. InsyaAllah.

Together, we make it happen. Happy 3rd anniversary to us =)




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat