Ibu, Tak Sedappp!

Malam tadi habi kerja lebih masa. So aku pon balik keje tumpanglah Mages. Bila habi takde, aku memang malas la nak masak for dinner. Tapi terfikir ada lagi 1 perut kecil perlu diisi. So gigih jugaklah masuk dapur selongkar fridge tengok apa yang ada. 

Ada tauhu, hurmm boleh lah masak kicap letak telur. Orang jawa biasa kot makan gini. Kalau tak jawa maybe rasa pelik. Hehehe. So potong tauhu, hiris bawang semua bagai, zasss masak. Sempat lg masak sardin. Tetibe tekak aku teringin. Sedap ahh mkn dgn tauhu gitu. Tauhu tu cam nasi. Sardin tu cam lauknya. Set.

Siap masak, tengok Naurah tengah main dgn playdoh. Aku pon ckp, Naurah jom makan. Ini Naurah punya. Letak lar pinggan dia kat bawah. Aku pon mkn dgn plate aku atas sofa. Naurah pon cakap ' makan Ibu?'. Yer makan. Aku kata. Senyum aje dia. Lapo kot.

2 minit berlalu & dia masih mencubit-cubit tauhunya. Nampak rongak sikit. Tetibe dgr dia ckp ' Ibu...tak sedapppppp!!! '.

Huuuuuu T____T Terkesima aku sebentar.....

Tak sedap ker Naurah? aku pon tanya lagi. Tak. Dia jawab. Abes Naurah nak ape? Nak nasik? Dia geleng kepala. Pastu dia datang jenguk plate aku. Nampak sardin seketul. Dia pon tanya ' ini ape ni Ibu?'. Ohh itu ikan sardin. ' Sardin?'. Dia tanya. Yuppp. Naurah nak ker? Ambik lahhh...

Dia pon cubit sardin & suap ke mulut. " Ibu sedap!" sambil ibu jari tangan dia naikkan. Naurah memang mcm tu. Kalau makanan tu sedap & dia suka, dia akan panggil aku & habi soh tengok dia sambil ibu jari naik keatas. Tanda sedapppp lah tu ^_^

Aku tak bagi dia sardin sebab sebelum-sebelum nie dia memang tak suka makan. Tetibe semalam kata sedap lah pulak. Seb baek aku tak letak cili bagi pedas. So boleh la dia makan. Phewww. Tak payah masak makanan lain. Letih mak kalo gitu Huhu.

Habi balik keje, sempat la nyembang atas katil sebelom zzzzz. Naurah dah terbongkang dh atas katil dia masa tu. So aku cerita lar kt habi kejadian tu. Habi marah dah sebab tak masakkan nasi utk Naurah. Huuuuu. Tapi dia tergelak jugak psl Naurah dh pandai ckp tak sedap bila rasa makanan. First time taw. Sebelum nie dia tak pernah komen macam tu. Aku pon rasa geli hati kalau ingat-ingat pasal kejadian nie. Hehehe.

Lepas nie tak boleh masak ala kadar aje walaupon utk Naurah. Utk diri sendiri aje boleh ^_0

p/s: maybe tekak Naurah ikot tekak ayahnya kot. tekak Minang. bukan tekak Jawa mcm ibu..wuwuw =P

Makin pandai memilih ko yer......huh






Popular Posts