Konvo Uitm & Mee Keketam

Sebelum Subuh gigih aku bangun, pegi dapur masak megi. Hehehe. Yer, sahur dgn megi aje pasal tak masak semalam. Tengahari keluar rumah pergi Uitm Shah Alam. Adik ipar ade konvo kt sane. Habis konvo semua pakat pergi kfc kat depan tu jer. Semua pon dah lapo tahap cipan. Masa tu dalam pukul 1.30pm lar. Cuaca adalah panas terik. Sabor ajelah banyak-banyak.

Lepas makan, bersurai & kami pergi menyinggah di 1 tempat dulu. Tempat apakah itu? Jengjongjeng hihi. Amaran awal: Mek Na Kuantan sila jangan menangis baca entry aku nie. Pupuk sikap sabar & redha dgn lebih hebat lagi. Ayat tak hengat. Hahahah. Tengok jelah gambo kat bawah nie yerp ^____^


Mu rasa ini mee kari ketam kat mane aku tapau neh? Hehehehe. Yer, betol tekaan mung. Sebab dah makan kfc, maka tak dapeklah nak makan kat restoran Mee Ketam belakang Unisel tuh. Tapi habi yang baik hati telah pergi juga kesitu. Dah alang-alang sampai Shah Alam kan? Bukan senang nak dapat pergi sana kalau takde sebarang hal kan?

Dekat aje dengan Uitm Shah Alam tu. Straight lagi pastu nampak traffic light teros masok ke kanan. Pastu nampak dah bangunan Unisel belah kanan. Pastu nampak Shell belah kanan jugak, so buat U turn, kat belakang Shell tu banyak deretan kedai. Then ada kedai makan, nampak lar tulis Mee Ketam. Since dah kenyang, so habi tapau aje 3 bungkus. Aku tunggu dlm kereta aje pasal Naurah tido kat pangkuan. Kesian dia penat & panas masa kat tapak pesta konvo tu.

Sampai rumah tak sabor dah nak try rasa mee ketam femes nih. Habi beli semuanya mee ketam biasa. Sekor ketam saiz biasa tu RM8. Klu RM4 mee kari kuah ketam aje katanya. So aku pon berkobar lar nak makan. Masa tu baru pukul 5 petang kot. Berkobar betol nak rasa sampai dinner pon awal giler. Haha.

Honestly, aku rasa biasa aje mee ketam nie. Macam mee kari biasa. Takde rasa ketam lansung kuahnya. Kunun aje kata kari kuah ketam. Cet! Kalau takde ketam sedepek atas tu, mmg mee kari biasa aje. Lepas makan mee kari, baru aku makan ketam. Barulah ada rasa ketam =.="

Tapi rasa mee kari tu okay lah. Takdelah tak sedap. Biasa aje. So mekna, mu masih teringin ker nak makan mee ketam neh? Takat mee kari mcm nie, aku pon boleh masak weyh! Hahaha. Siryes tak tipu. Entah lagi sedap aku masak kot. Letak macam-macam bahan lagi =P


Naurah ada hati nak ngecek mee kari aku makan. Pedas lar sayang. Hehehe.....minum susu milo sudah lar yerr ^____0






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat