Kurus & Cun Itu Hanya Kenangan

Tersengih kerang aku pepagi nie bile baca komen Chem. Cun ek aku masa kurus? Wakakaka. Semua orang kalau kurus mmg lawo kot. Ehh iyer ker? ^_0 Ko pon lawo aje Chem kalau kurus. Kompem! Ehh ker ko memang dah kurus sekarang? Kohhkofff =B

Tapi apakan daya....semua itu bagi aku adalah kisah hampir 3 tahun yang lepas. Cer tengok keadaan skrg neh. Boleh pitams dibuatnye. Hahaha. But I like to think +ve. Maybe ada hikmah yang tersembunyi mengapa susah sangat berat aku nie nak turun walaupon sudah berdiet. Siapa tawu klu aku masih selim, ada mat hemsem mane terminat nak masok meminang, pastu aku dgn bodohnya menerima sbb mamat tu sehemsem Tom Cruise or Keanu Reeves. Sape tawu kan? Heeee

Hati manusia nie boleh aje berbolak balik dengan izin Allah. Aku dah pernah jumpa dengan orang yang sedemikian. Semua yang kenal dia mesti akan cakap 'takkanlah....' or 'it cannot be'. Tapi kuasa Allah tu lebih hebat. Apabila Dia kata 'jadi' maka jadilah. So there is no guarantee for everything in this world. Terutamanya hati manusia =)

It just that bila kita dah berkahwin nie, what we can do is berdoa. Berdoa lah kepada Allah moga di eratkan sentiasa kasih sayang pd suami. Pelihara lah ikatan perkahwinan kami. Everytime lepas solat, mesti panjatkan doa macam nie pd Allah. InsyaAllah hati kita akan kuat & takkan mudah berbolak balik. Amin.

Lega hati sebab hari nie sudah Khamis. Weeeeee. Lusa habi balik. Weeeeee lagiiiiii =D

Habi cakap training dia last day hari nie. So esok, Jumaat adalah hari free utk dia & 2 lagi kawannya berjalan-jalan di sekitar bandar Seoul. Shopping ahh ape lagi kan? Adehhh..pandai ke habi tu shopping yer? Siap dia kalau beli ntah hape-hape jer nanti. Memang nak kena smack down dgn aku tue. Hahaha.

Kak Niza siap emel habi suruh beli souvenirs sekian-sekian. Bersiap dgn gambar brg yang dikehendaki hokeh! Memang selokkkkk. Aku pon tak specific mcm tu sekali Kak Niza oiiii. Comel lar Kak Niza neh ^_^


Nak jugak letak gambo yang ada habi. Ngehh ngehhh. This is a picture back at 2010. Our annual dinner at Hotel Nikko. Comel kan Kak Niza tuwwww ^_^ Baik hati sangat dia neh. Selalu belanja aku. Tak berkira orangnya. Masa wedding aku kat Johor, dia datang all the way from Klang hokehh! Terkojot betol masa dia masuk bilik aku. Time tu aku baru aje siap di makeup semuanya lah. Dah 2 tahun aku buat makan-makan kat rumah BBST time raya, dia mesti datang.

Moga persahabatan kami kekal selamanya =)




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat