Looks Like A Hectic Weekend

Hari nie lambat update blog sebab aku baru aje balik dari majlis perasmian Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak kat Damansara Damai nun. Pergi pon tumpang kereta orang aje. So takde masalah lah gitu. Jadi wakil dept. nie. Dah semua orang mengelak taknak pergi, aku secara paksa rela pergi ajelah. Dah lama jugak aku tak attend any function Tan Sri. For this year, this is the first time. Merasa lar naik kete Peugeot 308. Ahaks.

Sampai sana 9.30am, dengar speech bagai dlm 10.45am gitu dah bersurai & lunch. Pas makan teros blah. Tup tap sampai opis dah pukul 12tghari. Terbaekkk!!!

By the way Kak Ya ada kat rumah aku skrg nie. Semalam dia pergi survey rumah yang dia baru beli kat area Setiawangsa sana. Rumah teres 2 tingkat, keluasan 22x70 berharga RM535k. Huwaaahhh..mahalnyer. Maklom lah tengah bandaraya besar gitu. Dekat dengan LRT bagai. Kalo aku memang takkan mampu lah wey. Tapi Kak Ya memang tak masalah. Itu pon dia kata masih perlu buat renovation here and there. Especially bahagian kitchen. Duit lagi lah nampaknya. Zaman skrg nie ada duit semua jadi. Takde duit duduk diam-diam macam aku je. Kehkehhh =P

Malam nie aku akan balik ke rumah in law. Dah 3 minggu tak balik sana. Bising pulak deme kt sane nanti. So tak dapatlah aku nak entertain Kak Ya. Seb baek Anje ade. Boleh lah bawak Kak Ya jalan pegi mana-mana yang patot. Tengah malam aku & habi ada misi. Kami nak ke downtown Cheras. Habi nak beli jeans bagai. Pegi Korea nak melaram jugak ke habi? Kohhkoff. Naurah tinggal dgn MIL ajelah. Tetibe rasa mcm boleh pegi tengok wayang late night movie aje kan? Avengers maybe? Jap lagi tengok online ticket ade lagi ke tak. Sambil menyelam tangkap ikan bak kata orang dulu-dulu =P

Sabtu malam or Sunday morning akan balik semula ke BBST. Habi punya flight ke Korea Ahad malam tue. Barang semua kena kemas siap-siap lah. Mak & Abah pon akan datang rumah on that day. Rasa macam hectic betol jadual weekend nie. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Tetibe rasa sedih nak berpisah lama dengan habi. Last pisah lama masa aku dalam pantang time balik Johor seminggu bersalinkan Naurah. Lama tak lama dah la kan? Takpe, berpisah sebentar sekali sekala macam nie InsyaAllah dapat mengeratkan lagi hubungan kami selepas bertemu semula. Sometimes memang ada baiknya. Dapatlah merasa rindu dendam tu semua. Dendam? Apa yang nak didendamkan siot. Hahaha. Dendam sebab tak dapat ikot habi kesana lah kot. Agagagaga =B

Harap takde pompuan meroyan dalam blog sebab rindu bangat kat habi dia next week....hehehe ^_0





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat