Menjelang Rejab

Alamak...tuan punya resipi asam pedas melaka dah maroh sbb tak ikot resipi. Maafkan ambo sifoo hehe. Ambo telah derhaka secara sengaja. Sebab itukah habi tak suka? Hahaha. 

Tidak lah. Habi ckp daging tak sesuai dibuat asam pedas bg tekak dia. Lagi sedap di masak lemak cili api. Ate tekak dia pon tekak orang minang. Rumah in law tu seminggu tak sah kalau takde masak lomak kuning. Dah jadi darah daging deme. Hehehe. Beriya aku bertanya ke habi mlm td samada masakan aku tak sedap atau macam mana =P

Seb baek licin jugak pinggan dibuatnya. Kalo tak aku mmg plan nak mogok tak masak seminggu kot ^___0

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Rejab dah kiter. Selasa depan start 1 Rejab. Terus aku tersedar dari lamunan yang panjang. Sudah terlalu lama aku tinggalkan rutin puasa sunat. Rasanya menjelang Rejab nie molek benar kalau aku cuba utk berpuasa. So niatnya esok nk puasa sunat lah. InsyaAllah.

Rejab sok nak pulun puasa habis habisan. Perut nie asyik dapat makan sedap-sedap aje kebelakangan nie. Not good hokeh. Kang naik balik darah tinggi den hehehe. Lepas Rejab, Syaaban akn datang diikuti dgn Ramadhan. Terlalu pantas masa berlalu. Dah menghampiri setengah tahun pon utk 2012 nie. 

Apakah pencapaian yang membanggakan utk diri aku yer? Hurm....

Seingat aku cuma ada bagi duit banyak sket la kat mak abah balik kampong ritu. Sampai terkejut deme dibuatnya. Senyum lebar sampai ke telinga. Alhamdulillah, i'm all happy eventho after that balance duit dlm bank jadi spt kebiasaannya. Apalah sgt amaun itu klu nak dibandingkan dgn susah payah deme membesarkan aku dulu kan?

Aku jugak byk berhabis membelikan kain pasang utk hari raya tahun nie for mak, Kak Ya & MIL. Kain sulam tangan dari Bandung memang makan beratus harganya. Setahun sekali tutup mata ajelah. InsyaAllah lebih berkat duit gaji yg aku dapat tiap bulan tuh =)

Aku harap akan ada lebih byk peluang utk aku berbakti kpd mak abah selagi mereka masih hidup neh. Eventho aku nie tidak lah berjaya sgt spt siblings yang lain, tp tak bermakna aku tak boleh gembirakan hati mak abah kan? At least aku paling senang hati bila mak suka call aku eventho sbnrnya takde ape pon yg nak diceritakan. Dia suka sebab aku paling senang nak angkat call dia. Siblings yg lain maybe bz sbb tggjwb kerja deme lg besar dr aku.

Besar gaji, besarlah tggjwbnya pd tugas kannn?

Memang ada hikmah dari Allah atas setiap takdir diri manusia neh. Alhamdulillah. Aku rela gaji tetap ciput gini & kerja tak femes asalkan mak tetap suka nak call aku selalu. Aku pilih itu dari duit yang kepuk-kepuk memungkinkan aku takde masa nak jawab call mak sbb manjang masuk meeting.

Ya Allah, jadikanlah aku hamba-Mu yg sentiasa bersyukur. 




Popular Posts