Ok Entry Happy Pulak

HAHAHA yer yer. I supposedly be happy today sebab esok habi dah balik. Itulah niat aku pd mulanya masa mengarang n3 kat bawah nie. Tup tup jadi n3 emo pulak tetibe. Hampeh betol =P Terbuai dengan emosi pagi tadi sebab lama tunggu kat traffic lite tue. Bikin panasssssss....

Ok. Ni n3 tengahari sudah ada sejuk. Pasal aircond pon aku tekan bg jadi 20. Haha. Cyberjaya neh kalau panas, memang lain macam sket. Ada opismate aku kata orang keje kat cyber nie banyak dosa kot. Hukkss. Gitu lah pulak yerp. Wallahualam.

Sempena habi nak balik esok neh, aku plan nak kemas bilik tido tu lawo-lawo sket. Nak spray febreeze semua kasi wangi. Pasang penyembur wangian yang aku dah cabot baterinya balik. Tukar cadar, sapu lantai bagai. Bilik air aku sempat basuh dh malam td sbb takde si kenit tu sebok nak mandi sama. Hari sebelum-sebelum tu sokmo mandi dgn dia aje. Payoh nak buat keje =.="

Thanks to mak sebab settlekan laundry yang bertimbun sebelum nie. Aku nak basuh waktu malam dia tak bagi. Bukan ada matahari bg kering pon katanya. So aku cuma rendam dlm besen, perah & letak kat bawah. Selebihnya mak settlekan sampailah tiba bab aku melipat kain & bwk naik atas semula. Bab lipat kain menimbun dah 1 hal. Nak masok dlm gobok & gantung pon 1 hal lagi. Banyak kerja sebenarnya kalau nak bagi rumah kemas & bersih sedap mata memandang neh.

Paling haru kalau dah kemas cantik2, ade budak kenit selamba yaya makan jajan pastu sepah-sepahkan atas lantai. Tak pon dia bukak peti harta karun dia, dok main masak-masak dgn playdoh bertaburan. Siryes mmg boleh bikin stress hokehhhh...grrrr....

Tp, aku mcm dah lali dh dgn karenah budak tu. Nak marah pon malas. Seb baek marah pon boleh jadi malas kan? Selamat lah ko Naurah. Haha. Aku pon tak tawu knp aku boleh jd ibu yg cool skrg. Dulu masa single adik bradik semua panggil singa lapo. Kahkahhh. Jarang maroh. Tp klu dah maroh, mmg bergegak gempita 1 rumah dibuatnya. Jangan main-main dgn orang susah nak maroh nieeee ^__0

Ohh...tp itu semua cerita lama. Makin meningkat usia, IQ pon makin meningkat. Kesabaran pon ada kemajuan. Terbaekkk!! Doa tu kan senjata orang mukmin. So aku doa tak pernah jemu pd Allah mintak dipermolekkan lah perangai nie. Kesabaran tu biar paling maksimum. Alhamdulillah nampak dah sikit-sikit perubahan diri tu. Habi pon dah takde nak tegur mcm dulu-dulu ^__^

Berbalik semula pd bab habi nak balik, apa agaknya lauk special aku nak masak utk dia yerk? Mesti dia rindu sangat dgn masakan aku. Ecehhhhh. Hahahaha. Wahh...banyak idea dlm kepala otak aku neh. Yang pastinya kena masak nasi sebab dia susah nak dpt nasi masa kt Korea. Klu dapat pon lauknya tak boleh masok tekak kot. Plus mahal lagi katanya. Smlm lunch dia makan Dunkin Donuts aje. Kesiann.

Ok lah. Zass nak gugel resipi istimewa utk habi =D

takde peace dh skrg. sokmo 'good' aje. usually klu mknn tu sedap pd dia, gini lah dia buat ^__^

p/s: tetibe terasa mcm isteri solehah la pulak ngehh ngehhhh




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat