Seperti Seorang Pelakon?

Semalam kami 3 beranak pergi ke kedai perabot. Kedai perabot yg kami selalu pergi tutup lar pulak. Then nampak ada 1 nie bukak. Pakistani yang jual. Tak kisah lah. Asal dapat beli katil single yang dihajati utk Naurah. Katil kayu biasa aje. 

Aku tak minat sgt beli perabot yang mengikut usia neh. Biar beli sekali, dari remaja sampai ke tua relevan utk dipakai. Benda besor-besor macam nie memang aku tak berkira sangat nak beli yang kualitinya bagus eventho a bit pricey. Sebab fikir utk j/masa panjang punya pelaburan ^__^

Katil kecil utk budak-budak tu simpan utk adik baby nanti. Naurah lompat-lompat atas katil tu sampai manjang lobos aje. Tak dpt tampung dah berat budak tu. So mmg simpan utk adik baby ajelah yerk. Awak dah besar lah Naurah!

Selain tu aku beli gak tempat gantung coat kayu. Alorr..klu negara mat saleh selalu ada lar tempat penyangkut tu kan? Deme letak coat musim sejuk or topi/payung bagai situ. Aku beli utk sangkut cardigan, tudung & handbag. Takde dah longgok gitu aje atas meja kopi or sidai kat kerusi meja makan. Proper lar sikit nengoknyer bila ada tempat yg khas utk meletaknya.

Pergi kedainya tengahari, petang dah dapat barang. Lepas dapat barang, Naurah selok ajak aku naik atas nak test katil baru dia. Kecik-kecik dah pandai excited jugak ko yerk? Hehe. Turun dapur, masak dgn habi sama-sama. Tetibe masa aku tgh basuh pinggan, habi cakap

" Tadi orang yang angkut perabut tu tanya kat abang. Dia tengok gambo kawen kite. Dia tanya 'pelakon ker tu?'"

Aku " Hahh? Pelakon? Siapa? Orang ker? "

Habi kata " Ha'ah. Dia kata muka syg macam pelakon ".

BWAHAHAHA. Tergelak aku dibuatnya. Cam pelakon mana pulak muka aku tu? Pelakon kat negara dia Pakistan sana kott KOHHKOFFF

Kalo tengok muka pelakon dlm gambo tu, memang lah okay. Cer tengok live skrg. Hado? Jadik extra pon tak lepas gaknye. Kih kihhh....

Muka ibu mcm pelakon? Eeeee...tak sesuainyerrrrr......




Popular Posts