Sorry Sebab Gemok

Siapa yang tak rasa bersalah sebab gemok? Ade ker? Huhuhu...

Siryes kadang aku rasa bersalah & kesian sangat kat habi sebab jadi gemok T_T Sebabnya aku tawu dia suka kalau bini dia ni selim melim. Maybe nampak lar lawo sentiasa dimata dia macam masa belom gemok dulu. Masa kapel, masa baru-baru kawen dulu. Kesiannya dia sebab bininya ni payoh benor nak selim balik eventho dah jenuh berdiet & pelbagai usaha lain.

Sape tak suka kalau ada bini yg selim & lawo kan? Itu juga merupakan kebanggaan seorang suami bila kawan-kawan or siapa pon memuji kecantikan isterinya. Betol kan?

So impian murni aku utk tahun nie selain utk menambah zuriat, adalah utk mendapatkan semula bentuk badan asal spt baru berkahwin dulu. Kadang aku rasa macam mustahil aje boleh capai impian tu sebab anak sorang niepon liat kebenau lemak nak susut. Tapi mengenangkan kata-kata nothing is impossible. Lebih-lebih lagi kalau kita berusaha dgn tekun, maka aku pasang juga niat & impian yg 1 neh.

Aku bukan nak cantik mcm miss universe pon. Aku cuma nak nampak cantik dimata suami. Itu aje. Habi pon bukanlah demand sangat nak aku kurus mcm baru-baru kawen tu. Dia sendiri cakap dgn aku macam tu. Pada dia asal aku nampak termasuk dlm kategori normal dh cukup baek dah. Takmo masok dlm overweight mcm skrg nie. Huhuhu. Sweet kan habi tu? ^__^

Dialah orang yg paling menyokong kuat kalau aku kata aku tengah nak diet. Dalam pd masa yg sama dia senyum sumbing aje sebab tawu napsu makan aku macam haram. Hahaha. Semangat kobar-kobar tak lama. Nampak aje makanan sedap-sedap depan mata, teros balun tak kira ape dah. Habi pulak jenis tak reti nak tegur & stop peel buruk bininya neh. Layankan aje kalau bini mintak makan sedap-sedap.

Padahal kalau dia tegur pon aku sokmo bg alasan macam-macam. Kehkehh. Ckp lepastu diet la ape la. Sampai dia pon tak terkata apa lagi dah. Bini pulak jenis nmpk makanan berselera sokmo. Tolak batu kayu. Tak sampai hati dia menengoknyer kowt hihi.

Selera aku nie sah mmg ngikot mak aku. Mak tu dah tua gini jer baru kurang sket nak selera makannya tuh. Itu pon kalo jumpe makanan yang dia suka, nampok ler kesungguhan bila menjamahnya tu. Hahaha. Tp aku sama sekali tak salahkan mak punca aku jd gemok. Ini salah diri sendiri hokeh. Takde orang lain utk dipersalahkan =P

Bila aku start berpuasa sunat semula, nampak sgt kelegaan dimata habi. Maybe dia fikir at least puasa nie dapatlah kekang sikit napsu makan bininya neh. Well, memang berjaya lah time berpuasa neh. Tapi masa iftar & sahur tu tetap balun kaw-kaw jugak. Kehkehh. Lapo tahap dewa hokeh! =P

Orang kata selagi boleh makan, ada selera, makan ajelah. Kang dah sakit sok semua benda tak boleh nak makan. Tak boleh ikot kata-kata neh. Haha. Kalo ikot memang gemok lar jawapnyer macam aku skrg neh. Mau? Namau namau....tak lawo lansom!

Sorry mek. Ko dah makin tak lawo skrg T_T Tgk aje lemak lebihan kt tgn tuh. Parah.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat